CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Video Muzik Terbaru Faizal Tahir Berlakon Dalam Karma



Video muzik terbaru Faizal Tahir, jam 8.30 malam tadi, berjudul "Karma" telah ditayangkan secara eksklusif di gua.com.my. Pasti ramai yang sudah menontonnya kerana ingin melihat penampilan Faizal sebab bukan mudah untuk melihat lelaki ini berlakon dalam klip video beliau sendiri.

Walaupun Faizal mempunyai banyak lagu hits tetapi hanya sebuah lagu yang mempunyai video muzik iaitu "Sampai Syurga". Kalau anda masih ingat, dia hampir-hampir lemas ketika penggambaran video muzik itu dilakukan.

Kini, Faizal kembali dengan pengalaman baru. Menurutnya, dia seronok dan puas hati dengan pembikinan video muzik "Karma".

“Saya amat berpuas hati dengan pembikinan video muzik ini. Ia diilhamkan daripada jalan cerita yang saya mahukan. Memang sebelum ini saya pernah kata yang saya tidak akan berlakon kerana tidak minat tetapi akhirnya saya harus akur kerana ia satu keperluan semasa.

"Untuk Karma ini saya menjadi diri sendiri dan saya akui bukan mudah untuk berlakon. Tetapi saya telah cuba lakukan yang terbaik demi peminat. Saya harap peminat akan suka dengan jalan cerita video muzik ini kerana ia adalah ilham saya sendiri.

"Idea untuk video muzik ini sudah terlintas di fikiran ketika saya menulis lirik lagu ini lagi. Jadi, apabila pihak pengurusan hendak buat video muzik terus saya usulkan kepada Audi Mok dan dia setuju. Dengan bantuan rakan kami, Chee Meng, kami sama-sama memikirkan garapan yang sesuai untuk menjadikan muzik ini lebih menarik,” tambah Faizal.

Ditanya apa keistimewaan video muzik video ini berbanding "Sampai Syurga", Faizal memberitahu semua peralatan yang digunakan untuk penggambaran dibuat sendiri oleh pihak produksi dan bukan disewa daripada mana-mana tempat.

“Selain itu, versi "Karma" untuk video muzik ini juga lain daripada yang dimuatkan di dalam album. Korus yang kedua terpaksa digugurkan kerana hendak sesuaikan dengan jalan cerita. Bagaimanapun, penghujung lagu ini kita panjangkan sedikit untuk pastikan jalan ceritanya difahami oleh penonton,” ujar Faizal.

Dalam masa yang sama, Faizal juga diminta mengulas tentang unsur-unsur ganas yang terdapat dalam video muziknya itu. Ini kerana terdapat beberapa adegan yang terpaksa dipotong oleh pihak penapisan kerana dirasakan kurang sesuai untuk tontonan umum.

“Saya tidak nafikan memang ada beberapa adegan yang tidak sesuai untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Saya buat bukan kerana sengaja mahu berikan sesuatu yang negatif tetapi mahu tunjukkan yang perbuatan jahat pasti akan mendapat pembalasan atau hukuman yang setimpal. Apabila ada adegan yang terpaksa dipotong, saya tidak kisah kerana ia tidak menjejaskan jalan cerita,” ulas Faizal yang ingin muncul dengan beberapa buah muzik video lagi.




Lirik Lagu Karma - Faizal Tahir

Seumur hidup memang tak mungkin
Untuk aku terus bersama mu
Seumur hidup hanya untuk mu
Menyakitkan, memuaskan diri mu

Halalkan segala makan dan minum ku
Dan cari aku kira kau masih berani
Berdepan realiti

Hey! Jangan kau sentuh
Aku bukan boneka
Hey! Kamulah kamu
Aku bukan boneka
Hey! Kelak kau tahu
Lewat hari mu

5 tahun dalam kegelapan
Hari ini kau bebas berjalan
5 tahun dalam kebenaran
Hari ini hari kamu dan aku

Dan karma kan mengambil tempat
Menjemput kau pulang
Ku harapkan kau kembali

Hey! Biar kau tahu
Aku bukan boneka
Hey! Akulah aku
Aku bukan boneka
Hey! Kini kau tahu
Lewat hari ku

Hey! Biar kau tahu
Aku bukan boneka
Hey! Akulah aku
Akulah aku
Hey! Kini kau tahu
Lewat hari ku

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Video Muzik Terbaru Faizal Tahir Berlakon Dalam Karma By Mohd Rohaizad. Published: 29.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...