CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Zed Zaidi Jemputan Kad Kahwin Ala Facebook Nikah 29 April 2011


Tahniah diucapkan kepada Zed Zaidi dan Natalia Mustafa Kamal yang akan bernikah hujung bulan April 2011 ini. Jemputan kad kahwin pun ala facebook, belum ada orang buat lagi se-ekslusif macam ni. Kami berdoa semoga hubungan kalian berdua terus kekal ke akhir hayat dan bahagia selamanya. Diharap jangan menjadi trend artis yang nikah kahwin hanya sekadar hiburan sementara dan bercerai kemudian masuk mahkamah ya.

Bakal melangsungkan penikahan tanggal 29 April ini bersama pasangannya, Natalia Mustafa Kamal, 28, pelakon popular, Zed Zaidi mengakui dia mula menyintai bakal isterinya ini selepas memanjatkan doa di Mekah setahun lalu.

Walaupun sudah mengenali Natalia semenjak tahun 2008 lagi, Zed bagaimanapun yakin Natalia adalah jodohnya selepas gadis ini menjadi wanita pertama yang menghubunginya selepas pulang daripada umrah.

Mengakui terpaksa berbelanja banyak untuk majlis resepsi yang bakal berlangsung pada 7 Mei ini, Zed juga mengakui dia sebenarnya telah meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 30 tahun.

"Tak dinafikan selama ini saya ramai kenalan wanita, tetapi apabila saya mula berkenalan dengan Natalia, saya dapat rasakan dia seorang kawan yang setia, namun pada ketika itu saya masih keliru untuk membuat keputusan.
"Saya mengerjakan umrah pada bulan Mac tahun lepas, di setiap sudut kota tanah haram itu, saya berdoa supaya kurnia jodoh pada saya.

"Alhamdulillah, apabila pulang ke Malaysia, Natalia adalah wanita pertama yang menghubungi saya, dan saya terus melamarnya," jelas Zed yang juga merupakan rakan perniagaan kepada Natalia.


Hantaran

Mengambil keputusan untuk tidak mengumumkan jumlah wang hantaran yang diberikan kepada pihak pengantin perempuan, Zed Zaidi bakal menghantar tujuh buah dulang hantaran dan dibalas sembilan dari pihak pengantin perempuan.

"Kalau sebelum ini banyak perkara yang saya tidak tahu tentang barangan perkahwinan, tetapi kini saya sudah mula faham.

"Semua persiapan perkahwinan, saya serahkan kepada keluarga sahaja, kerana saya sendiri sibuk dengan penggambaran," luahnya.



Natalia Memahami kerjaya

Bakal beristerikan seorang wanita yang bukan lahir daripada bidang seni, Zed yakin bakal isterinya itu akan memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.

"Walaupun dia bukan daripada golongan yang terbabit dalam dunia hiburan, tetapi dia mempunyai pengalaman bekerja di syarikar produksi, jadi sedikit sebanyak dia mengetahui kerja saya sebagai pelakon," jelasnya yang masih belum merancang lokasi untuk berbulan madu.-Murai

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Zed Zaidi Jemputan Kad Kahwin Ala Facebook Nikah 29 April 2011 By Mohd Rohaizad. Published: 21.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...