CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Zed Zaidi - Nelly Natalia (Majlis Pernikahan, Resepsi & Persandingan)


 
 
Tahniah kami peminat ucapkan kepada pasangan pengantin baru Zed Zaidi dan Nelly Natalia. "You Complete Me" begitulah luahan cinta Zed Zaidi buat isteri tersayang, Nelly Natalia tatkala diminta wartawan Nona untuk meluahkan kata-kata cinta buatnya dalam tiga patah perkataan. Bestkan bila dah nikah.. Hehehe

Malam tadi, dengan sekali lafaz, Zed ataupun nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil, 30, sah bergelar suami kepada Natalia Halimatun Mustafa Kamal, 28.

Majlis pernikahan dan resepsi yang dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak pengantin, selamat berlangsung sekitar 8.35 malam tadi di Restoran Felda D'Saji, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Pihak pengantin lelaki memberi tujuh dulang hantaran beserta mas kahwin berjumlah RM300 yang dibalas sembilan dulang dari pihak perempuan.

Ditemui selepas jamuan makan malam, Zed berkongsi perasaan lega serta gembiranya dengan para wartawan.

"Dulu saya hanya seorang tetapi sekarang dah berdua," umumnya riang.

Ditanya jika dia gigih berlatih untuk upacara akad nikah memandangkan lafaznya tadi begitu yakin dan sempurna, Zed memberitahu setiap hari dia berlakon benda yang sama cuma nama wataknya berlainan.

"Tapi tadi saya memang meremang dan gementar sebab ini bukan lakonan. Ini betul-betul," cerita Zed yang tidak meletakkan sebarang 'target' untuk berapa orang anak, cuma kalau boleh dia inginkan sepasang anak lelaki dan perempuan.

Mengenai pemilihan 29 Mei untuk melangsungkan pernikahannya, Zed berkongsi tarikh tersebut ditetapkan tahun lalu, selepas mendapati Restoran Felda D'Saji sudah di tempah orang pada tarikh-tarikh lain.

"Kalau saya tak 'lock' 29 Mei, mungkin tahun depan baru saya nikah.  Rasanya, Prince William yang tiru saya kot," selorohnya.

Perkenalan yang bermula dua tahun lalu melalui Facebook berubah menjadi sesuatu yang lebih mendalam sekembalinya Zed dari umrah pada tahun 2009.

"Kami bermula sebagai kawan baik. Dia memahami saya. Ketika di Mekah, dalam doa saya, saya selalu letakkan soal jodoh di belakang. Saya ingin mencari yang serasi dan dialah yang paling sesuai."

Buat Natalia, bila sudah bersetuju menjadi teman hidup Zed bermakna dia bersedia dengan segala cabaran bergelar isteri artis.

"Sebenarnya, saya tak ambil 'pot' tentang kerja dan gosip mengenai dirinya. Dia dengan kerjanya dan saya dengan kerja saya," luah Nelly yang memiliki bisnesnya sendiri.

Tambah Nelly, kriteria yang membuat hatinya tertambat kepada Zed adalah kebijaksanaannya.

"'He's a man with brains'. Cara dia berfikir, bercakap, visinya... dan dia 'loving' juga lah."

Tentang perancangan bulan madu, Zed memberitahu tarikhnya belum ditentukan lagi kerana dia masih mempunyai komitmen penggambaran serta kerja-kerja promosi untuk drama 'Fatimah Juling'. Namun antara destinasi yang akan dilawati ialah Ireland.

"Adik saya ada di sana. Dia tak dapat balik. Jadi, kami akan ke sana mungkin sebelum hujung tahun untuk melawatnya," kata Zed. (Gua)

Majlis persandingan Zed dan Nelly akan diadakan di Dewan Perdana Felda, Jalan Mentakab, KL pada 7 Mei depan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Zed Zaidi - Nelly Natalia (Majlis Pernikahan, Resepsi & Persandingan) By Mohd Rohaizad. Published: 30.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...