CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Zizan Raja Lawak Bercinta Dengan Juliana Evans


Tahniah diucapkan kepada Zizan, bertuah la dapat Juliana ni.. dah la cun.. popular plak tu.. sepadan pun ada juga tengok gambar tu.. jangan bercinta separuh jalan ja sudah.. kemudian berpisah.. ikuti cerita oleh Murai dibawah.


Biarpun sudah beberapa kali menafikan hubungan cintanya bersama pelakon berwajah Pan Asian iaitu Juliana Evans namun pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak masih lagi dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan bekas kekasih Sam Bunkface itu.


Zizan: Mak Tahu Saya Berkawan Dengan Juliana Evans

Biar pun begitu, sewaktu mengendalikan acara Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) di Arena Of Stars, Genting Highlands, malam Ahad lalu Zizan Raja Lawak dengan tidak segan silu menyebut nama pelakon Juliana Evans apabila bercakap tentang calon menantu pilihan ibunya.

Kata-kata Zizan itu seolah-olah seperti mahu mengiyakan gosip yang sebelum ini mengatakan dia dan Juliana Evans adalah pasangan kekasih. Apakah benar sepertimana anggapan ramai itu?

Sewaktu ditemui murai.com.my di majlis Minggu Setiausaha Anita Sarawak & Noryz Aziz di SACC, Shah Alam tengahari semalam, Zizan memberitahu, apa yang dilakukannya pada malam itu hanyalah sekadar satu gurauan semata-mata. .

"Itu semua hanya gurauan sahaja. Saya cakap pun bukan dalam keadaan serius. Saya hanya sampaikan dengan cara melawak sahaja. Tapi, mak saya memang tahu hubungan saya dengan Jue (panggilan mesra untuk Juliana Evans).

"Apa yang pasti mak saya tak pernah pun pesan macam yang saya cakap kat malam ABPNH 2010 tu. Cuma mak saya tahulah yang saya sekarang ni berkawan dengan Jue. Dia pesan kalau kerja tu biar kerja betul-betul tapi kalau dah bersedia nak berkahwin beritahu sahaja pada dia.

"Cuma buat masa sekarang ni, saya belum terfikir atau bersedia untuk ke arah itu kerana saya mahu fokus dulu pada kerjaya saya. Saya dan Jue hanya kawan rapat dan tiada apa-apa hubungan special," jelasnya kepada murai.com.my

Dalam Minggu Setiausaha yang berlangsung di SACC itu Zizan dan Juliana Evans telah digandingkan dengan sebagai pasangan pengacara buat julung kalinya.

Sementara itu Juliana Evans yang mengakui tidak ambil kisah dengan gurauan Zizan ketika di ABPBH 2010 memberitahu, walaupun baru pertama kali digandingkan sebagai pengacara dalam majlis Minggu Setiausaha ini, namun saya rasa amat serasi dan selesa bekerja dengan Zizan.

"Saya harap selepas ini, kami boleh bekerjasama lagi. Mengenai kata-kata Zizan tu saya dah tahu dia sekadar bergurau dan hanya mengusik kerana dia tahu peminat pasti suka bila dia berbuat begitu. Apa tidaknya, selama ini, kami selalu dikeneng-kenengkan untuk bercinta oleh peminat.

"Apa yang boleh saya katakan, kami hanya kawan rapat. Cuma sekarang ini, kami dah kurang dapat berjumpa selalu atau lepak sama kerana masing-masing sibuk dengan kerja.

"Namun kadang-kadang dia sempat juga minta pendapat atau share tentang apa yang dia suka dan baju apa yang dia nak pakai pada saya," katanya yang mula berkawan rapat dengan Zizan sejak menjayakan pengambaran filem Hantu Bonceng bersama-sama.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Zizan Raja Lawak Bercinta Dengan Juliana Evans By Mohd Rohaizad. Published: 7.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...