CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Zizie Ezette Hamil Mengandung 2011



Kehadiran Zizie Ezette bersama suaminya, Datuk Bung Mokhtar Radin di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 pada Ahad lepas memang menjadi perhatian ramai. Bukan kerana dia mengenakan gaun malam yang seksi, tetapi kerana bentuk badannya yang lebih berisi. Penampilan Zizie seolah-olah mengiyakan cakap-cakap yang mengatakan dia sedang hamil.

Walaubagaimanapun, kakak kepada Shaheizy Sam ini menafikan perkara ini. Jelas Zizie, dia masih belum hamil. Berat badannya naik kerana banyak berehat di rumah dan tidak terlibat dengan mana-mana produksi.

“Saya tidak hamil. Mungkin orang ingat saya hamil kerana berat badan saya naik sekarang ini. Memang saya ada berjumpa dengan doktor baru-baru ini untuk mendapatkan rawatan. Tetapi bukan kerana hamil, sebaliknya saya buat pemeriksaan kesihatan biasa sahaja. Harap peminat tidak salah faham,” ujar Zizie yang mengakui dia sudah bersedia menjadi seorang ibu.

Menyentuh tentang karier lakonannya, Aktres Terbaik Anugerah Skrin 2001 ini memberitahu yang dia mahu kembali aktif berlakon setelah lama berehat. “Rasanya sudah sampai masa untuk saya kembali aktif berlakon. Sebelum ini saya sibuk dengan urusan peribadi dan banyak luangkan masa dengan suami dan keluarga. Kini, saya sudah bersedia untuk kembali.

Selain itu, saya juga akan mulakan kerja-kerja untuk penerbitan filem. Saya memang sudah lama hendak buat filem sendiri. Sebagai permulaan, saya pilih filem bergenre komedi seram dan projek ini turut membabitkan suami saya sebagai penerbit bersama. Ibu saya akan buat skrip, dan Sam akan berlakon sebagai pelakon utama,” ujar Zizie mengakhiri perbualan.

Hmm.. dulu pun nafi juga Zizie oi.. kalau tak hamil tak pa.. yang pasti kalau hamil, Tahniah diucapkan awal-awal.. sungguh bertuah abang Bung Mokhtar kita ni.. power lagi ke abang kita ni? hehe.. gurau ja na.. :)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Zizie Ezette Hamil Mengandung 2011 By Mohd Rohaizad. Published: 6.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...