CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Adele Laurie Blue Adkins: Bekas Kekasih Kaki Kikis


Betul ke bekas kekasih Adele Laurie Blue Adkins kaki kikis wang dan harta miliknya? Kesian kan? Wanita muda dengan suara mempesona ini baru masuk 23 tahun. Juga baru menghadiahkan khalayak ramai dengan buah tangan keduanya yang berjudul 21. Sebuah album yang kaya dengan bunyi dan jiwa yang mampu merobek jiwa pendengar. Album baru yang mendapat respons dan perhatian para pengkritik dan peminat seni muzik.

Adele atau nama cantiknya Adele Laurie Blue Adkins (gambar dibawah) baru berusia 23 tahun tapi dengan kemunculan album kedua yang diterima ramai dengan respons 'wow' telah membuatkan dirinya tersenarai sebagai artis komersial baru paling sukses di Britain. Tidak terkecuali namanya penyanyi dan komposer muda ini jatuh di nombor sembilan dalam senarai pemuzik muda paling kaya di Britain, berada di belakang nama besar seperti Katherine Jenkins dan Cheryl Cole.

 Album terbaru Adele yang bertajuk 21 menunjukkan keistimewaan vokal yang dimilikinya.


Adele, nama masih segar dan ranum tapi dilihat sebagai salah seorang pengkarya muda yang mempunyai kematangan dan bakat melebihi usia yang dibawa jasadnya. Awalnya dia gadis yang lahir pada 5 Mei 1988 ini hanya memuat naik tiga buah lagu demo ke laman sosial MySpace. Dia kemudian menarik perhatian pihal label rakaman, XL Recordings yang kemudian mengeluarkan album debutnya yang bertajuk 19. Memecah masuk industri muzik Amerika Syarikat, nama Adele memuncak naik dan sudah tidak jadi kesukaran untuk keluar dengan album seterusnya.

Mungkin inti album terbaru ini menarik perhatian ramai, jika di album pertama terselit bunga-bunga cinta, album 21 bersifat kontra. Patah hati, resah, rindu dan sakit hati ditinggalkan antara perisa hebat yang diberikan Adele. Semuanya terinspirasi daripada pengalaman hidupnya sebenar.

Pelantun lagu hit Chasing Pavement dan Someone Like You ini mengadunkan emosi perpisahan ke dalam muzik selepas bercerai kasih dengan sang buah hati. Terkini, setelah memiliki nama dan kemewahan berdasarkan melodi hatinya, Adele didatangi bekas kekasihnya yang meminta bahagian dirinya, hanya kerana kisah hidup mereka dilagukan.

"Dia menelefon saya dan serius sekali dalam meminta royalti daripada saya. Saya mengatakan kepadanya bahawa dia telah membuatkan hidup saya seperti dalam neraka dan saya berhak mendapat apa yang saya terima kini," luahnya dalam satu temuramah.

"Dia beranggapan bahawa dia merupakan input kepada proses kreatif album saya. Saya akan memberinya kredit, dia telah menjadikan saya dewasa. Dia juga bertanggungjawab meletakkan saya dalam pengembaraan seni saya sekarang," luahnya seperti sebuah jawapan pembalasan dendam yang memuaskan.

Menariknya tentang Adele dalam memperkenalkan diri sebagai seorang penyanyi muda yang berbakat besar, dia turut menyelitkan lagu saduran yang sesuai dengan dirinya.

Di album pertama dia meminjam semangat Bob Dylan melalui lagu Make You Feel My Love, sebuah lagu yang dipetik daripada album Dylan bertajuk Time Out of Mind.

Untuk album kedua, Adele memberi nafas bosanova ke dalam lagu Love Song nyanyian asal The Cure yang turut pernah dipinjam oleh grup 311. Enak dan bersahaja, ini salah satu aura cinta yang dimasukkan ke dalam album patah hati Adele.

Dalam satu temuramah yang dijalaninya selepas Chasing Pavement, single pertama daripada album pertama mendapat perhatian, Adele mengaku berhadapan cabaran.

"Saya sangat berharap dapat menciptakan lagi yang lebih baik daripada Chasing Pavement, jadi saya tidak perlu lagi menyanyikan lagu tersebut sampai usia 50 nanti," jujurnya yang membuktikan inisiatifnya untuk lebih baik muncul dengan album terbarunya, 21.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Adele Laurie Blue Adkins: Bekas Kekasih Kaki Kikis By Mohd Rohaizad. Published: 22.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...