CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Aimi Jarr Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung



Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham Aimi Jarr. Beliau merupakan seorang aktivis seni, pelakon veteran yang juga bekas wartawan hiburan Aimi Jarr atau nama sebenar, Datuk Omar @ Abd. Majid Puteh, 72, meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 7 pagi tadi di rumahnya di Taman Melawati, di sini, kira-kira pada pukul 8.20 pagi Selasa.

Anak bongsu Allahyarham, Romy Jarr, 34, ketika dihubungi berkata bapanya tidak menunjukkan tanda-tanda sakit sebelum meninggal dunia.

"Cuma pagi tadi semasa nak kejutkan arwah, badannya terasa sejuk dan mulutnya berbuih. Melihat keadaan bapa, saya terus menghubungi doktor untuk membuat pemeriksaan ke atasnya," katanya.

Romy Jarr berkata bapanya mempunyai penyakit kencing manis tetapi tidak berada pada tahap yang serius sehingga memerlukan bapanya dimasukkan ke hospital.

Romy berkata Allahyarham merupakan seorang yang aktif sebagai aktivis dalam bidang seni.

"Walaupun kelihatan uzur tapi dia tetap bergerak ke pejabat dan melakukan tanggungjawabnya," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noriah Ishak, 74, dan tiga cahaya mata iaitu Norimy Jarr, 44, Norlisda Jarr, 40 dan Romy Jarr.

Allahyarham yang merupakan bekas Penyunting Berita di Utusan Malaysia pernah memenangi Anugerah Lakon Layar Terbaik Festival Filem Malaysia ke-2 pada 1981 menerusi filem Dia Ibuku.

Allahyarham.akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate selepas solat Zohor petang ini. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Klang Gate Baru, Hulu Klang. (Bernama)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Aimi Jarr Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung By Mohd Rohaizad. Published: 10.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...