CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Akademi Fantasia Musim Ke-9: Raqib Disingkir Dari AF9


 
Akhirnya Raqib atau nama sebenarnya Fahrur Raqib Abdul Majid terpaksa melupakan hasrat untuk merebut gelaran juara Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) apabila diumukan tersingkir daripada program realiti popular itu. Undian terkini menunjukkan yang Raqib mendapat undian yang terendah malah persembahan yang buruk turut mendapat kritikan daripada para juri. Walaubagaimanapun, kami berharap Raqib jangan berputus asa, rezeki mungkin ada di bidang lain buat Raqib.
 
Pengumuman penyingkiran Raqib, 21, itu dilakukan oleh hos, Aznil Nawawi setelah mendapat undian terendah iaitu 8 peratus daripada peminat dan penonton.

Dalam konsert minggu kelima yang diadakan di Studio 1, Astro, Bukit Jalil itu, Sabtu.

Laika yang membawakan lagu Menghitung Hari nyanyian asal Krisdayanti telah memberikan persembahan yang tidak mengecewakan.

Dengan penyingkiran itu, secara tidak langsung telah memberi peluang kepada 8 orang pelajar lain untuk bergelar juara AF9.

Mereka yang masih meneruskan perjuangan adalah Azri, Kairul, Kay, Fina, Hazama, Afif, Lena dan Nera.

Dua personaliti terkenal iaitu Fauziah Ahmad Daud dan Hattan telah diberi mandat sebagai pengkritik tetap untuk musim ini.

Manakala, wartawan hiburan Harian Metro, Rudy Imran bertanggungjawab sebagai pengkritik jemputan pada malam itu.

Sementara itu, pengetua AF9, Amy Search, menganggap persembahan pada malam tersebut mempunyai peningkatan yang membanggakan.

"Keseluruhan persembahan pelajar pada malam ini banyak peningkatan berbanding minggu sebelum ini.

"Kemasukkan dua pelajar baru seperti Hazama dan Fina juga memberi semangat kepada pelajar lain untuk berusaha memberi yang terbaik," katanya.

Tambah Amy, beberapa pelajar yang menunjukkan persembahan terbaik pada malam itu adalah Azri dan Fina.

"Azri memberi persembahan terbaik kerana dia antara pelajar yang banyak menunjukkan peningkatan setiap minggu, manakala Finasememangnya mempunyai vokal yang mantap," katanya.

Manakala, Raqib berkata walaupun tersingkir tapi dia berbangga dengan persembahannya pada malam tersebut.

"Siapa yang tidak kecewa kerana tidak dapat meneruskan perjuangandalam Akademi ini. Tapi saya bangga kerana saya sudah buat terbaik.

"Malah kawan-kawan saya juga sudah membuktikan bakat mereka kepadapenonton,"katanya. (MStar)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Akademi Fantasia Musim Ke-9: Raqib Disingkir Dari AF9 By Mohd Rohaizad. Published: 1.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...