CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Album 'Never Say Never: The Remixes', Filem Justin Bieber


Betul ke album 'Never Say Never: The Remixes', pelengkap filem Justin Bieber? Album mini penyanyi remaja sensasi masa kini iaitu Justin Bieber iaitu Never Say Never: The Remixes ini hadir di pasaran semata-mata untuk menyemarakkan lagi kemunculan filem biografinya, Never Say Never. Wah.. filem khas tu.. agak-agak best tak?
 
Jika dinilai pada album yang hanya memuatkan tujuh trek ini, mungkin ia bukan pembelian yang berbaloi. Justeru, ia paling sesuai disifatkan sebagai pelengkap kepada kemunculan filem itu saja.

Kesemua trek yang dimuat bukan lagu-lagu baru atau segar, di mana ketujuh-tujuhnya dipetik daripada album-album terdahulu penyanyi ini.

Namun, keistimewaannya tersandar pada pesona dan fenomena Bieber yang mampu mempengaruhi peminat untuk membeli album ini tanpa berfikir dua kali.

 Gambar kulit album Justin Bieber, Never Say Never: The Remixes

Walaupun hanya ada tujuh trek, kesemua lagu yang diadun dengan susunan muzik yang rancak dan segar adalah titik yang boleh dipuji.

Bahkan, satu demi satu trek album ini menjanjikan kepuasan mendengar yang tersendiri.

Kulit album yang ringkas dengan gambar-gambar kandid penyanyi itu menambahkan nilai album ini dan bersifat cukup peribadi buat peminatnya.

Penampilan nama-nama besar dunia nyanyian seperti Rascal Flatts, Usher, Chris Brown dan Miley Cyrus dilihat menyerikan lagi album ini.

Never Say Never: The Remixes mengandungi tujuh lagu iaitu Never Say Never (menampilkan Jaden Smith), That Should Be Me (versi adunan semula menampilkan kumpulan Rascal Flatts), Somebody to Love (versi adunan semula menampilkan Usher), Up (versi adunan semula menampilkan Chris Brown), Overboard (versi secara langsung menampilkan Miley Cyrus), Runaway Love (versi adunan semula oleh Kanye West dan menampilkan Kanye West dan Raekwon) dan Born to Be Somebody.

Mungkin ia bukan album wajib bagi peminat biasa tetapi ia satu kemestian buat pemuja fanatik bintang berusia 17 tahun ini.

Realitinya, bagi peminat tegar penyanyi dari Kanada ini, apa saja tentang Bieber adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan begitu saja.

Lagu-lagu pilihan: Never Say Never, That Should Be Me, Somebody to Love dan Runaway Love.

ALBUM: Never Say Never

ARTIS: Justin Bieber

EDARAN: Universal Music Malaysia

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Album 'Never Say Never: The Remixes', Filem Justin Bieber By Mohd Rohaizad. Published: 22.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...