CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Album Sheila On 7 - Berlayar (Terkini Di Pasaran Malaysia)


Album terkini terbaru Sheila On 7 yang bertajuk "Berlayar" masih bergenre Pop Rock telah berada di pasaran Malaysia. Kebanjiran artis atau pemuzik dari luar di Malaysia bukan sesuatu yang baru. Malah fenomena ini telah lama melanda industri seni kita sejak sekitar tahun 70an lagi. Tambahan pula di era globalisasi kini, capaian maklumat atau informasi semasa adalah lebih mudah dan cepat.
Menyedari industri seni di Malaysia bagaikan lubuk yang perlu diterokai, pelbagai nama dari luar terutamanya dari Indonesia datang untuk berkongsi rezeki tuhan yang tidak terbatas.

Kesempatan ini mengundang Sheila On 7 ke Malaysia untuk mempromosikan muzik mereka sejak 10 tahun yang lalu. Bermula dengan album studio Kisah Klasik Untuk Masa Depan, Sheila On 7 cukup mudah dapat menambat selera peminat muzik di Malaysia. Kini mereka tampil dengan karya terbaru berjudul “Berlayar”.


Gambar Cover Album Sheila On 7 - Berlayar

“Berlayar” merupakan album studio mereka yang ke 11 sejak mereka muncul pertama kali dengan album “Sheila On 7” pada tahun 1999. Untuk album “Berlayar”, 10 buah lagu di pertaruhkan antaranya; Have Fun, Pasti Ku Bisa, Hujan Turun, On The Phone(bahasa Inggeris), Hari Bersamanya, Berlayar Denganku, Perfect Time(bahasa Ingeris), Kamus Hidupku (versi demo), Bait Pertama dan Hari Bersamanya (versi akustik).

Antara sepuluh lagu yang terkandung dalam album ini, 3 daripadanya merupakan lagu lama yang belum pernah diterbitkan di dalam mana-mana album terdahulu. Seperti “Perfect Time”, lagu ini pada asalnya dimasukkan ke dalam album ‘507’. “Kamus Hidupku” pula adalah lagu demo mereka yang dicipta pada awal pembabitan karier mereka, dan “Bait Pertama” merupakan lagu yang awalnya disiapkan untuk album ‘Menentukan Arah’.

Trek pertama “Have Fun” memang cukup menarik untuk didengarkan. Susunan muziknya rancak, rock n roll serta ada sedikit unsur funky. Liriknya juga ringkas dan mudah untuk difahami. “Hari Bersamanya”pula merupakan single yang telah pun dimainkan melalui corong-corong stesen radio tempatan. Lagu yang cukup mudah dicerna oleh telinga penggemar muzik tempatan ini memang mudah di hayati. Susunan muziknya tidak terlalu berat manakala liriknya yang romantis bagaikan satu strategi yang berkesan dari Sheila On 7 untuk membina semula empayar mereka di Malaysia setelah agak lama menyepi.

Sheila On 7 memang terkenal dengan lagu-lagu yang bersemangat. Namun sehingga ke hari ini, tidak ada genre yang dapat ditetapkan oleh mereka sendiri untuk lagu-lagu yang mereka hasilkan. Lebih selesa untuk menggelar muzik mereka sebagai “Sheila Music” , kerana setiap idea atau ciptaan dihasilkan secara spontan dan lirik-lirik yang dihasilkan pula bersifat sederhana dan mudah difahami seiring dengan personaliti Sheila On 7.

Kehebatan band yang berasal dari Yogyakarta ini memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Anda perlu dengar keseluruhan lagu-lagu dalam album “Berlayar” untuk dibadingkan dengan album-album yang terdahulu. Set list lagu yang dimuatkan untuk album ini jelas menampakkan kematangan mereka dalam melayari turun naik dunia hiburan dari tahun 1999 hingga ke hari ini. Mungkin kerana itu album kali ini diberi judul “Berlayar”.

Bagi Sheila Gank, album ini pastinya sesuatu yang dinantikan. Cover albumnya juga menarik serta kreatif dengan konsep ‘cross stitch’ sesuai untuk dijadikan koleksi peribadi anda. Bersiap sedialah untuk “Berlayar” bersama Sheila On 7 untuk menikmati lagu-lagu awal karier hingga ke lagu-lagu terbaru mereka. “Have Fun”! (Gua)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Album Sheila On 7 - Berlayar (Terkini Di Pasaran Malaysia) By Mohd Rohaizad. Published: 18.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...