CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Astro Lancar BabyTV, Saluran Khas Bayi & Kanak-Kanak


 
Program terbaru buat bayi dan kanak-kanak telah dilancarkan di Malaysia. Astro dan FOX International Channels (FIC) telah bekerjasama hari ini dengan melancarkan BabyTV, sebuah saluran televisyen terkenal di dunia mengenai bayi dan kanak-kanak.

Ketua Pegawai Operasi, Measat Broadcast Network System, Henry Tan berkata kandungan dan program saluran itu dihasilkan secara ekslusif oleh pakar pembangunan awal kanak-kanak.

Katanya previu percuma saluran itu dapat ditonton oleh semua pelanggan Astro melalui Saluran 618 mulai hari ini hingga 30 Sept.

"Selepas tarikh itu (30 Sept), pelanggan yang berminat untuk terus menonton saluran berkenaan boleh melanggan BabyTV dengan bayaran RM5 sebulan," katanya pada majlis pelancaran saluran itu di sini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, di Kompleks Penyayang Bakti di sini.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi, Asia Pacific dan Middle East, FIC Asia, Zubin Gandevia, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur dan anggota Majlis Penyelarasan Perlindungan Kanak-kanak, Prof Madya Datin Noor Azizah Mohd Awal

Shahrizat berkata setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat yang terbaik untuk membolehkan mereka membesar sebagai individu yang ceria, sihat dan mempunyai pelbagai kebolehan.

Katanya oleh kerana pembelajaran bermula lebih awal daripada umur persekolahan, maka pembangunan awal dan pendidikan kanak-kanak memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman seseorang kanak-kanak dalam tempoh selepas beberapa tahun kelahirannya sebagai asas untuk membina kejayaan mereka pada masa akan datang.

"Pada zaman ini, anak-anak kita terdedah kepada pelbagai rangsangan dan dalam hal ini, televisyen memainkan peranan yang amat besar.

"Kewujudan BabyTV sebagai alat berkualiti tinggi yang inovtif, direka dengan baik dan berorientasikan pendidikan, akan membantu ibu bapa ketika mereka belajar dan bermain dengan anak masing-masing," katanya.

BabyTV menghidangkan episod jangka pendek yang meneroka tema pembelajaran awal, dengan memberi penekanan terhadap interaksi antara ibu bapa dan anak mereka.

Program ini dikategorikan dalam sembilan tema -- Konsep Pertama, Alam Semula Jadi & Haiwan, Muzik & Seni, Imaginasi & Kreativiti, Pembinaan Persahabatan, Aktiviti, Teka-Teki, Lagu & Rima dan Cerita (Bedtime). (Bernama)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Astro Lancar BabyTV, Saluran Khas Bayi & Kanak-Kanak By Mohd Rohaizad. Published: 10.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...