CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Butik Sheahnee Iman Lee Jual Barangan Baby Secara Online


Kini trend buka perniagaan secara online semakin meningkat, akibat kesedaran terhadap kekurangan barangan ibu dan bayi, hal ini menyebabkan pembaca berita ntv7, Sheahnee Iman Lee mengambil inisiatif membuka perniagaan butik yang menjual barangan baby dalam talian internet iaitu, BuggyBabyBoogie.com.
 
Isteri kepada pengacara Nazrudin Rahman ini memberitahu, idea membuka perniagaan tersebut timbul sejak lima bulan lalu selepas melahirkan anak pertamanya Zara Aaliyah yang kini berusia setahun tiga bulan.



"Saya dapati memang banyak barangan untuk ibu dan anak di pasaran tetapi sukar untuk mencari yang betul-betul sesuai dengan kita. Contohnya baju yang sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak mereka, beg untuk kelengkapan bayi yang sesuai dengan keperluan.

"Saya melalui pengalaman tersebut selepas melahirkan Zara. Sebagai ibu muda saya tahu ia sesuatu yang sukar terutamanya untuk menguruskan bayi," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran BuggyBabyBoogie.com, di sini, Rabu.

Selain itu, Sheahnee turut mendapatkan khidmat pereka fesyen terkenal Bon Zinal untuk mencari material yang sesuai untuk pakaian rekaannya.

"Bagi rekaan baju, saya mendapat khidmat nasihat daripada Bon Zainal dan kini sebanyak sepuluh rekaan baju telah terhasil.

"Manakala dari segi material kami menggunakan kain jenis sifon dan kain kapas yang mana tidak terlalu mahal untuk dibeli," katanya.



Dalam pada itu, BuggyBabyBoogie.com juga menawarkan produk penjagaan bayi dari luar negara seperti Australia, Amerika dan Australia.

"Kami mengimport barang-barang unik dari luar negara yang tidak terdapat di Malaysia. Kami juga mengalu-alukan bagi sesiapa yang boleh memperkenalkan barangan ibu dan anak yang belum lagi dijual di Malaysia," katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri beberapa selebriti yang juga rakan baiknya iaitu Aishah Sinclair, Daphne Iking dan Sharifah Sofea.

Tambahnya, sebarang pembelian atau pembayaran boleh dibuat secara perbankan dalam talian.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila lawati www.BuggyBabyBoogie.com

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Butik Sheahnee Iman Lee Jual Barangan Baby Secara Online By Mohd Rohaizad. Published: 11.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...