CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Cinta Rozita Che Wan - Hak Shahir AF8 Untuk Mengaku Atau Tidak


Betul ke cinta Rozita Che Wan dan Shahir AF8? Hak Shahir AF8 untuk mengaku atau tidak terhadap Rozita Che Wan. Kisah cinta melibatkan aktres jelita Rozita Che Wan dan Juara Akademi Fantasia 8, Shahir AF8, semakin panas diperkatakan.
 
Jika sebelum ini, hanya gosip yang bertebaran, namun segalanya berubah apabila Rozita Che Wan tampil membuat penjelasan mengesahkan cinta yang bertaut antaranya dengan Shahir AF8.

Pengakuan Rozita Che Wan bukanlah satu perkara yang asing, memandangkan sikap keterbukaannya itu menunjukan kematangannya seiring dengan usia.

 Siapakah sebenarnya antara mereka yang berkata benar?

Tetapi kisah cinta mereka menjadi perhatian, apabila pengakuan Rozita Che Wan itu dianggap sebagai jenaka oleh sang pria.

Kekasih hatinya itu, tatkala ditemui pada majlis pratonton Karak, mengeluarkan kenyataan mengatakan pengakuan cinta Rozita itu hanyalah sekadar satu jenaka dan mengklasifikasikan hubungan mereka sekadar rakan sesama artis.

Tidak berkecil hati mahu pun tersinggung, jelas aktres berusia 38 tahun ini, Shahir, berhak untuk mengaku atau menafikan percintaan mereka.

"Apa pun penjelasan dia (Shahir) hanya saya yang memahami dan saya harap berilah kami ruang. Tak kisahlah dia jawab ya atau tak, pada saya soal kasih, hati dan perasaan tak perlu penjelasan yang lebih kepada umum.

"Saya harap usahlah diperbesarkan atau dikontroversikan lagi isu ini. Cukuplah dengan pengakuan saya dan Shahir. Bagi saya, dia mempunyai hak untuk mengaku atau menafikan perkara tersebut, "katanya kepada kami mengulas mengenai kenyataan kekasih hatinya itu.

Memahami situasi yang dialami oleh anak muda kelahiran, Ipoh Perak itu, jelas Rozita, tindakan Shahir itu bagi menjaga hati orang sekeliling.

Ditanya kepadanya, perkara tersebut secara tidak langsung mampu mencalarkan imejnya kerana masyarakat mungkin beranggapan dia bertepuk sebelah tangan atau sengaja mereka cerita, kata Rozita, tiada guna baginya untuk berkelakuan sedemikian.

"Terpulang pada mereka untuk cakap apa sahaja kerana masing-masing mempunyai hak untuk bercakap. Tak jadi kudis pada saya pun kerana hanya kami saja yang mengetahui keadaan sebenar," jelasnya mengakhiri perbualan.


Respon Shahir AF8: Anggap Rozita Che Wan Bergurau Tentang Cinta

Menafikan sekerasnya tentang pengakuan pelakon jelita, Rozita Che Wan terhadap hubungan mereka, jelas Shahir dia tidak pernah menganggap apa yang dikatakan oleh wanita itu sesuatu yang serius dan wajar dipercayai.

Sebelum ini Rozita Che Wan dalam satu kenyataannya didalam media, mengakui sedang bercinta dengan penyanyi muda, Shahir seperti mana yang dikhabarkan didalam beberapa ruangan gosip sebelum ini.

Kenyataan Rozita yang mengharapkan hubungan mereka akan berlarutan ke jinjang pelamin bagaimanapun di sangkal oleh Shahir. Shahir menganggap apa yang diberitahu oleh Rozita itu hanyalah sekadar gurauan dan ianya tidak serius.

"Semua orang tahu Rozita suka berjenaka, dan setiap kali dia berbual, pasti ada sahaja gurauan yang dikeluarkan.


"Jadi, pada saya kenyataan yang diberikan olehnya pada media itu sekadar gurauan sahaja dan saya yakin dia tidak maksudkan tentang hubungan itu,"jelas Shahir - mohdrohaizad.co.cc - sudah pasti ini menyakitkan Rozita Che Wan.

Menjelaskan dia langsung tidak mempunyai kaitan dengan Rozita, Shahir juga menafikan dakwaan dia sering keluar bersama pelakon wanita itu sama ada untuk menonton wayang atau bermain boling seperti mana dakwaan beberapa gosip sebelum ini.

"Saya tidak pernah keluar berdua, jika keluar bersama sekalipun, kami akan keluar bersama kawan-kawan yang lain,"luahnya lagi.

Semakin rimas dengan gosip yang melanda dirinya ini, Shahir mengakui ibu bapa dan keluarganya mulai faham dengan apa yang berlaku keatas dirinya.

"Mak dan ayah sudah tahu perkara ini, dan sejak daripada awal pembabitan saya dalam industri ini mereka sudah saya ingatkan supaya tidak terlalu cepat melatah apabila mendengar gosip tentang diri saya nanti.

"Mereka tidak terkejut dan mereka faham dengan apa yang berlaku keatas diri saya sekarang ini,"luahnya yang menjelaskan hubungannya bersama Zain Saidin baik-baik sahaja biarpun mereka terkait dengan gosip cinta tiga segi ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Cinta Rozita Che Wan - Hak Shahir AF8 Untuk Mengaku Atau Tidak By Mohd Rohaizad. Published: 27.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...