CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Datuk Che Mat, Pengarah JAWI Membisu Isu Sumpah Laknat


 
Berhubung dengan isu sumpah laknat, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali masih membisu berhubung kehadiran beliau di Masjid Amru Al-As di Sentul pada hari Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersumpah laknat. Adakah beliau merupakan saksi kepada si penyumpah laknat?
 
Ketika banyak pihak menagih penjelasan daripadanya - yang dianggap sesetengah pihak menyokong tindakan tiga anggota Datuk T itu - Che Mat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.



Usaha Malaysiakini untuk mendapat penjelasannya berhubung perkara itu dengan berkunjung ke pejabatnya di ibu negara hari ini juga gagal apabila beliau tiada di pejabat.
Seorang pembantunya memberitahu bahawa bosnya itu menghadiri program di Bandar Tun Razak sebelum terus berlepas ke Terengganu untuk program lain.

Malaysiakini difahamkan, kemungkinan Che Mat pulang daripada urusan luar pada Jumaat ini.

Usaha menghubunginya melalui SMS dan panggilan telefon juga setakat ini belum berjawab.



Lari Ikut Pintu Belakang Mimbar


Bukan sahaja beliau, pegawai lain di JAWI juga kelihatan berat mulut untuk mengulas perkara itu.

Timbalan Pengarah JAWI (Pengurusan) Abdul Murat Abdul Wahab ketika ditemui Malaysiakini juga enggan mengulas dan meminta perkara itu dirujuk kepada Che Mat sendiri.
 
Katanya, beliau tidak boleh membuat sebarang kenyataan kerana bidang tugasnya didakwa khusus berkaitan dengan kewangan jabatam tersebut.

Dalam kekecohan Jumaat lalu, penyokong PKR yang ternampak kelibat Che Mat berdekatan mimbar naik angin dan mahukan penjelasan kenapa beliau berada di situ.



Che Mat bagaimanapun kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar apabila seorang penyokong PKR menghampirinya untuk menyerahkan buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Kehadiran Che Mat juga dipertikan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin yang mengepalai bantahan menolak sumpah laknat oleh Eskay dan menuntut hukuman qazaf dijalankan. (Malaysiakini)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Datuk Che Mat, Pengarah JAWI Membisu Isu Sumpah Laknat By Mohd Rohaizad. Published: 4.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...