CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Datuk Mokhtar Omar, Suami Orchid Abdullah Selamat Dikebumikan


Belum sampai seminggu, suami kepada Allahyarham Datin Orchid Abdullah, 64 tahun, Datuk Mokhtar Omar, 70 tahun, mengikut isterinya ke alam barzakh dan selamat dikebumikan pada pukul 12 tengah hari, Selasa di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur.
 
Mokhtar menghembuskan nafas terakhir empat hari selepas isterinya meninggal dunia iaitu pada Jumaat lalu.



Menurut anak bongsunya, Nur Shafinaz Mokhtar, 31 tahun, Mokhtar meninggal dunia pada pukul 6.10 pagi Selasa di Hospital Ampang dekat sini, akibat menderita komplikasi pelbagai penyakit termasuklah jantung.

"Sebelum ini, bapa saya dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) di hospital yang sama kerana komplikasi kesihatan yang serius,”

"Dan baru semalam (Isnin) dia dipindahkan ke wad biasa. Bagaimanapun, sudah kuasa Allah, dia akhirnya pergi jua tanpa meninggalkan sebarang pesan," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa..

Terdahulu jenazah dimandikan di hospital Ampang sebelum dibawa ke Masjid Al-Ansar, AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk disembahyangkan.

Jenazah Allahyarham dikebumikan berhampiran kubur isterinya.

Selain Shafinaz, Allahyarham turut meninggalkan tiga orang anak yang lain iaitu Nur Shalina, 42 tahun, Md. Nor Shareen, 39 tahun, dan Mohd. Noor Shafri Mokhtar, 35 tahun. (MStar)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Datuk Mokhtar Omar, Suami Orchid Abdullah Selamat Dikebumikan By Mohd Rohaizad. Published: 17.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...