CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Diana Danielle & Farid Kamil Kembali Bercinta


Gosip panas, Diana Danielle dan Farid Kamil dikatakan kembali semula bercinta. Betul ke? Pelakon dan penyanyi remaja, Diana Danielle enggan mengulas khabar yang mengatakan dirinya sudah kembali menjalinkan hubungan cinta bersama bekas kekasihnya, Farid Kamil. Tetapi khabar angin dikatakan benar kerana sering ternampak mereka berdua intim kembali seperti sedia kala.

Pasangan aktor dan aktres ini pernah mengaku bercinta sekitar tahun 2009 yang lalu, namun kemudiannya mereka diberita sudah berpisah pada awal Februari lalu.
 

 
Biarpun begitu, kenyataan yang ditulis oleh pelakon yang popular dengan filem Maqika dalam laman sosial, Twitter miliknya yang berbunyi “Im happy to say that farid and i are back together.. harap semua dapat mendoakan kebahagiaan kami berdua :)" seolah-olah memberitahu umum bahawa dirinya kini sudah kembali bercinta semula.

Meskipun begitu ketika menemui Diana di sebuah majlis anjuran Sunsilk-MODA baru-baru ini, dia enggan bercerita lanjut soal cintanya itu. 

"Saya tidak mahu bercakap tentang itu, apa yang tertulis disitu, itulah sahaja yang boleh saya beritahu. Saya tak mahu komen lebih lanjut,"jelas Diana. 

Bercerita soal penyakit yang dihidapinya, menurut Diana dia sekarang sudah beransur sembuh.



"Saya mula terasa sakit sekitar bulan Ogos dan September yang lalu, dan kemudiannya saya mencuba perubatan tradisional China untuk membuang ketumbuhan di rahim saya, dan Alhamdulillah, kini keadaan badan saya semakin pulih.

"Saya tidak mahu lakukan pembedahan, dan seboleh-bolehnya saya akan elak daripada melakukannya.

"Saya diberitahu perubatan tradisional di China sangat mujarab dan saya telahpun ke negara itu untuk mendapatkan rawatan.
 
"Disana mereka berjaya keluarkan cecair berwarna hijau yang berbau busuk dan bernanah daripada rahim saya,dan ianya memang sakit,"jelasnya lagi.

Diana Danielle juga baru sahaja pulang ke Malaysia selepas melanjutkan pelajaran dalam bidang lakonan di Sekolah Filem & Lakonan di Los Angelas dan kini sudah bersedia memulakan semula kerjayanya dalam bidang lakonan.



"Saya kesana selama sebulan sahaja, dan banyak perkara yang saya pelajari sewaktu disana. Dalam satu kelas, saya ditempatkan dengan dua orang pelajar yang lain.

"Tak dinafikan kelas ini memang bagus, jika selama ini saya main hentam sahaja sewaktu berlakon, tapi kini saya sudah mempunyai asas yang baik untuk memulakan lakonan,"luahnya. (Mangga)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Diana Danielle & Farid Kamil Kembali Bercinta By Mohd Rohaizad. Published: 16.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...