CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Diari Summercamp, Rozita Che Wan & Fir Affandi Bercinta


 
Drama terbaru, Diari Summercamp, siapa di sebelah pelakon sensasi Rozita Che Wan tu? Ini bukanlah orang yang disebut-sebut ada hubungan dengannya? (Fir Affandi)
 
Jangan panik. Lelaki itu ialah seorang pelakon baru yang sama-sama berlakon dengan Rozita dalam drama Diari Summercamp di Perlis, Fir Affandi.

Kita nampak gambar ini dalam akaun twitter milik Fir yang memuatnaikkan gambar tersebut yang dirakam di sekitar Tasik Timah Tasuh, Perlis, lokasi penggambaran drama yang menggandingkan Rozita dan Shahir itu.




Selain Shahhir, Tomok, Lia Natalia dan Aida AF9 turut berlakon dalam drama terbitan Zeel Production tu. Banyak sekali Rozita berlakon dalam drama terbitan Zeel, maklumlah penerbit dan pelakon itu sama-sama orang Utara.

Fir kata dia teruja sekali berlakon dengan Rozita. Malah dia rasa macam dalam mimpi bila melihat Rozita di depan mata dan berlakon dalam drama yang sama. Jangan sampai ada yang salah sangka nanti, lebih-lebih lagi yang seorang tu.

Drama ini pasti dinanti-nantikan kerana gandingan Rozita dan Shahir yang sekarang ini dikatakan sedang berkawan baik. Ada yang kata mereka sedang bercinta, tetapi masing-masing menafikannya.

Seronok juga lihat perkembangan cinta lokasi sesama artis ni kan. Ada yang menafikannya, tapi akhirnya mereka naik pelamin. Siapa nak jawab tu?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Diari Summercamp, Rozita Che Wan & Fir Affandi Bercinta By Mohd Rohaizad. Published: 9.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...