CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

'Novel 'Dendam' - Dr Affifudin Omar Bekas Timbalan Menteri Kewangan


Novel Dendam hasil karya Dr Affifudin Omar yang merupakan bekas Timbalan Menteri Kewangan. Sekarang beliau merupakan Novelist yang terkenal dalam dunia penulisan. Syarikat penerbitan, Fixi pada Rabu melancarkan novel terbaru keluaran mereka bertajuk 'Dendam'.

Novel yang mempunyai halaman 309 muka surat ini merupakan karya hasil nukilan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Afiffudin Omar.

Ia merupakan karya beliau yang keempat selepas bergiat aktif dalam bidang penulisan sejak tahun 2009.
Antara karya yang pernah dihasilkan beliau termasuk Mujahid Agung dan Paradoks.

Menurut Dr Afiffudin, novel itu ditulis berdasarkan pengalaman yang beliau kutip ketika beliau menjadi ahli politik dan ahli perniagaan satu ketika dahulu.

"Semuanya saya jadikan panduan untuk menggarap novel terbaru saya ini.

"Novel ini merupakan sebuah novel fiksyen dan watak-watak yang terdapat di dalamnya hanyalah rekaan semata-mata," katanya pada majlis pelancaran novel Dendam di Pusat Ekusterian Bukit Kiara di sini, Rabu.

Afiffudin pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan dari tahun 1995 sehingga 1999.

Mengenai tajuk novel tersebut, bekas Ahli Parlimen Kuala Nerang (2004-2008) ini mengakui pada awalnya beliau memilih tajuk, "Dialektika".

Namun disebabkan ia hendak dipasarkan dan mahu menarik perhatian pembaca, beliau akur apabila syarikat penerbitan tersebut menukarnya kepada Dendam.

Pada majlis tersebut, beliau turut diraikan dengan sambutan hari jadinya yang sepatutnya disambut esok.

Isterinya, Datin Wan Kalsum Wan Yusof serta anak-anaknya membuat kejutan dengan menyediakan pulut kuning serta redang daging kepada ayah mereka sebagai kejutan dan tanda penghargaan.

Novel Dendam, mengisahkan tentang seorang jutawan, Khalil Gibran yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan.

Ramai wanita ingin menjadi berdampingan dengannya kerana ingin mengikis kekayaannya.

Namun dia mula berubah dengan bersikap zalim apabila melihat kekejaman yang berlaku terhadap ayahnya.
Bagaimanapun dia mula insaf apabila hatinya mengenal erti cinta dan kasih sayang.

Khalil mula berubah menjadi manusia baru.

Adakah dia berjaya lari dari sifat lamanya atau dendam akan terus bertakhta?

Dapatkan novel Dendam di kedai buku MPH serta Popular untuk mengetahui pengakhiran konflik dalam kehidupan Khalil Gibran.

Novel ini sudahpun berada di pasaran dan dijual dengan harga RM18 senaskah.



Sinopsis Novel Dendam Karya Dr Affifudin Omar


Khalil Gibran seorang billionaire yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan. Ramai wanita ingin menjadi miliknya, walau bergelar simpanan — dan Khalil Gibran memenuhi setiap impi mereka.

Dia mula menjadi zalim dan ganas  apabila dia melihat kekejaman yang pernah dilakukan ke atas ayahnya. Kariernya bermula sebagai anggota keselamatan yang terkenal dengan teknik interogasi yang ekstrem. Kemudian, kejayaan awal empayar bisnesnya adalah melalui cara-cara haram.

Tetapi dia mula insaf apabila hatinya mengenal kasih sayang dan cinta. Sifat kemanusiaan rupa-rupanya masih wujud dalam dirinya. Khalil Gibran ingin menjadi manusia baru. Berjayakah dia lari sepenuhnya dari sifat lamanya? Atau apakah DENDAM akan terus bertakhta?

Anda berminat untuk membaca Novel Dendam karya Dr Affifudin Omar secara online? Disini ada bab 1 novel tersebut. KLIK DISINI UNTUK BACA NOVEL DENDAM.

Hubungi mereka: KLIK DISINI UNTUK MEMBELI NOVEL DENDAM

Biodata Dr Affifudin Omar

Dato' Dr. Affifuddin Hj Omar dilahirkan pada 27 Mac 1943 di Kampung Kubang Lembu, Mukim Jitra. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jitra dari tahun 1949 sehingga tahun 1952 hingga tamat darjah empat. Seterusnya, beliau meneruskan pendidikan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star dan lulus HSC dalam bidang sains. Pada tahun 1963, beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaya dalam bidang Sains Pertanian dan memperolehi Sarjana Muda Sains Pertanian. Selepas itu, pada tahun 1969 beliau meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana di Universiti of Kentucky, Amerika Syarikat dalam bidang Pembangunan Ekonomi dan Sosial sehingga tahun 1971. Pada tahun 1976, beliau telah melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Ekonomi-Politik daripada Universiti Cornell, New York sehingga tahun 1978.
 
Kerjaya :
  • Agromist (Ahli Sains) di Jabatan Pertanian Malaysia (1967-1969)
  • Ketua Bahagian Perancangan, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1976)
  • Pakar rujuk kepada Bank Dunia(1972)
  • Pakar rujuk kepada Bank Pembangunan Asia di Manila (1973)
  • Ketua Bahagian Pertanian MADA. (1979)
  • Pengurus Besar KEDA
  • Pengerusi Bank Rakyat dan anak-anak syarikatnya(1991)
  • Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Malaysia(1994)
  • Timbalan Menteri Kewangan. (1995-1999)
  • Timbalan Menteri Sumber Manusia(1999)
  • Pengerusi Eksekutif Juwana Holdings Sdn. Bhd.
  • Lembaga Pengarah Koperasi Usaha Berhad (KUB)
  • Pengerusi Chew Piau Berhad
  • Pemeriksa luar kepada mahasiswa yang membuat ijazah di peringkat sarjana (Ph.D) di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia
Penglibatan Dalam Politik:
  • Memenangi kerusi parlimen Padang Terap di dalam Pilihanraya Umum (1986)
  • Ketua UMNO Daerah Padang Terap (1990)
  • Pengerusi Barisan Nasional Daerah Padang Terap
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 1993/1996
Dalam bidang penulisan sebanyak 27 karya telah dihasilkan dan tujuh daripadanya pernah diterbitkan dalam majalah-majalah ilmiah antarabangsa seperti Rural Sociology, Ekonomi dan sebagainya. 
 
Kepakaran beliau di dalam bidang pertanian melayakkan beliau menerima anugerah Fellow of Agricultural Development Council II dan Fellow of UN Socioeconomic Development Institute. Di atas sumbangan dan jasa baktinya yang telah disumbangkan kepada bangsa dan negara beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran iaitu Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.), Kesatria Mangku Negara (K.M.N.), Johan Setia Mahkota (J.S.M.) dan Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) yang membawa kepada gelaran Dato'.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

'Novel 'Dendam' - Dr Affifudin Omar Bekas Timbalan Menteri Kewangan By Mohd Rohaizad. Published: 26.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...