CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Drama Bait Cinta: Chermaine Poo Isteri Mualaf Bertudung


Chermaine Poo bakal masuk Islam? Sering kali berlakon sebagai isteri mualaf yang bertudung. Selepas muncul sebagai seorang mualaf dalam drama siri “Tudung Ekspress”, pelakon, Chermaine Poo kini bakal muncul dengan watak yang sama dalam drama, “Bait Cinta”. Drama 14 episod arahan Harris Fadzilah ini bakal disiarkan pada setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam bermula 17 Mei 2011.



Walaupun berlainan agama, ternyata anak kelahiran Kuala Lumpur ini berasa selesa untuk membawakan watak perempuan mualaf yang bertudung. Dalam drama ini, Chermaine membawa watak sebagai isteri ketiga bernama Nur Syuhada.

“Sebelum ini, saya pernah membawakan watak sebagai seorang mualaf bertudung yang bernama Mei dalam drama “Tudung Ekspress”. Jadi, bila saya ditawarkan untuk membawa watak yang menginginkan saya untuk bertudung, saya terus menerimanya kerana tiada masalah bagi saya.”

Ketika ditemui pada majlis pelancaran drama “Bait Cinta” yang diadakan di Theaterette Sri Pentas, Selasa lalu, Chermaine sempat mengulas tentang perbandingan wataknya dalam kedua-dua drama ini dan menafikan watak yang dibawanya kali ini sama dengan yang sebelum.

“Watak Mei dalam “Tudung Ekspress”  ialah seorang yang periang dan ‘happy go lucky’. Saya memang suka dan ‘enjoy’ memainkan watak Mei kerana watak itu memang kena dengan jiwa saya. Malah, watak dalam drama “Tudung Ekspress” juga lebih rileks dan santai.

“Tetapi dalam drama “Bait Cinta”, watak yang diberi ternyata berbeza. Ia sangat kontra dengan diri saya kerana watak yang diberi terlalu berat. Dalam drama ini saya memainkan watak sebagai Nur Syuhada iaitu isteri ketiga kepada Hazri. Watak Nur Syuhada penuh dengan penderitaan dan kesengsaraan akibat didera oleh bekas suaminya. Justeru, saya perlu bermain dengan emosi dan selalu menangis,” ujarnya mengakui bertuah kerana mendapat rakan kerja yang selalu membantu serta memberi tunjuk ajar kepadanya.

“Saya rasa sangat seronok bekerja bersama rakan artis lain yang terlibat untuk drama ini. Walaupun saya berbangsa Cina dan mereka beragama Islam, saya tidak rasa ‘gap’ ketika bersama mereka. Kami memang selesa bekerjasama, malah mereka banyak memberi semangat, nasihat dan tunjuk ajar kepada saya bagi merealisasikan watak Nur Syuhada.”

Di samping sibuk berlakon dan berkerja sebagai seorang akauntan di Standard Chartered Bank, selebriti serba boleh ini juga berbakat dalam bidang pengacaraan. Menurut Chermaine, dia kini mengacarakan sebuah rancangan masakan di TV3, “Dapur Nyonya” bersama Chef Florence Tan. Menurut bekas Miss Malaysia 2005 ini, perubahan emosi untuk beraksi di dua set yang berlainan merupakan satu cabaran besar yang terpaksa dihadapi olehnya.

“Sewaktu mengacarakan “Dapur Nyonya”, mood yang dikehendaki ketika di dalam set rancangan masakan itu haruslah ceria dan penuh dengan gelak ketawa. Saya rasa sangat seronok bekerjasama bersama Chef Florence dengan telatah beliau yang memang kelakar.

“Namun, apabila pergi ke set penggambaran untuk drama ‘Bait Cinta’, saya dikehendaki membawa mood yang berlainan. Saya kena menangis dan paksa air mata untuk keluar. Jadi, inilah cabaran yang agak susah untuk saya lakukan untuk menghidupkan watak Nur Syuhada dalam drama ini.”

Ingin meilhat bagaimana Nur Syuhada lakonan Chermaine Poo menjalani ranjau hidup yang penuh keperitan, jangan lupa saksikan drama “BAIT CINTA” yang bakal ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam, bermula 17 Mei 2011, di slot Ratu TV9.(Gua)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Drama Bait Cinta: Chermaine Poo Isteri Mualaf Bertudung By Mohd Rohaizad. Published: 18.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...