CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Drama Dunia Kita - Konsep Elemen Ala Korea


Drama Dunia Kita, Pengarah dan penerbit drama tersebut, Michael Ang sengaja mengetengahkan elemen-elemen drama ala Korea kerana bersesuaian dengan konsepnya dan selera semasa. Betul ke dapat tarik peminat untuk tengok drama Dunia Kita dengan konsep elemen ala korea ini?
 
Kata Michael, penonjolan elemen-elemen seperti syot, pencahayaan, mood dan dialog seperti drama atau filem cinta Korea diserapkan untuk memberikan visual lebih segar dan berlainan daripada kebanyakan drama tempatan yang sedia ada.

 Gambar barisan pelakon drama Dunia Kita (dari kiri) Nur Amalina, Scha Al Yahya dan Saiful Nizen.

"Pemilihan elemen-elemen seperti sebuah drama dan filem Korea cuba saya serapkan kerana ia bersesuaian dengan konsep drama Dunia Kita yang ceria, segar dan berwarna-warni.

"Keputusan itu juga bertepatan dengan kehendak pihak penaja iaitu Carefree yang juga menonjolkan konsep tersebut menerusi produk mereka," katanya yang ditemui, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Michael turut menolak perkaitan antara drama ini dengan drama K.I.T.A yang pernah diterbitkannya pada tahun lalu kerana masih mengekalkan pelakon Scha Al Yahya dan Marsha Milan Londoh.
"Dunia Kita bukan kesinambungan drama K.I.T.A dan tidak ada kena-mengena langsung pun.

"Ia adalah cerita baru dan kebetulan saja dua pelakonnya iaitu Scha dan Marsha masih dikekalkan kali ini," terangnya.

 Penerbit dan pengarah Drama Dunia Kita, Michael Ang

Drama sebanyak lapan episod itu berkisar tentang seorang pelajar jurusan fesyen bernama Rania lakonan Scha Al Yahya dalam melayari kehidupan dan pelbagai dilema untuk mengejar impian, perhubungan persahabatan dan cinta.

Selain Scha dan Marsha, ia turut dibintangi oleh Awal Ashaari, Saiful Nizen, Datuk Jalaludin Hassan, Sharifah Shahora dan pemenang peraduan gadis Carefree, Nur Amalina.

Dunia Kita akan mula bersiaran pada hari ini pada pukul 7.30 malam setiap Jumaat di Astro Ria (saluran 104).

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Drama Dunia Kita - Konsep Elemen Ala Korea By Mohd Rohaizad. Published: 27.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...