CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Drama "Nora Elena" Adaptasi Novel "Kasih Yang Suci"


Anda meminati drama bersiri Nora Elena? Drama ini merupakan adaptasi dari novel cinta yang popular iaitu Novel Kasih Yang Suci, karya novelist Meen Zulaikha terbitan Alaf 21 Sdn Bhd. Dibawah ini anda boleh baca novel Kasih Yang Suci secara online, malah boleh download drama Nora Elena melalui pautan yang diberikan.

Sinopsis drama Nora Elena:

Buat peminat drama bersiri TV3, akan menyusul selepas drama “Cinta Antara Kita”, sebuah lagi drama bersiri yang diarah oleh Jet Li dan skrip oleh Maizura Mohamad Ideris bakal disiarkan di TV3 dengan judul, NORA ELENA. Drama bersiri yang diadaptasi dari sebuah novel hebat “Kasih Yang Suci” karya novelis Meen Zulaikha ini merupakan terbitan Asian Media Content (AMC).



Menurut penerbit Suryatie Sidek, pemilihan novel ‘Kasih Yang Suci’ ini adalah disebabkan ia mempunyai ramai pembaca dan antara novel paling laris di antara novel-novel terbitan Alaf 21. Ketika ditemui, Suryatie menjelaskan mengapa tajuk asal novel tidak digunakan untuk drama ini.

“Dulu pernah ada ‘title’ drama yang sama di TV3, “Kasih Suci” lakonan aktres Fazura. Jadi, kami terpaksa ubah tajuk tersebut ke “Nora Elena”. Drama ini masih mengekalkan 70% persamaan dalam novel. Ada juga yang kita ubah sebab ada beberapa babak yang kita tak boleh tunjuk dalam drama.

“Bila kita baca dan divisualkan tidak sama. Dialog di dalam novel memang romantik sangat malah lokasinya banyak di rumah dan di kamar tidur. Justeru, ia akan menyentuh sensitiviti masyarakat,” ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar drama “Nora Elena” di Sri Pentas baru-baru ini.

Bagi penulis novel tersebut, Meen Zulaikha, beliau melahirkan rasa bangga kerana karyanya telah terpilih untuk diadaptasi ke drama. Menurutnya lagi, beliau tidak kisah karyanya diubah kerana faham novel adalah berbeza bila didramakan.

“Ini pertama kali karya saya terpilih untuk dijadikan sebuah drama. Setelah berbincang dengan penulis skrip, dia ada memberitahu mungkin akan ada perubahan untuk drama. Saya faham dan tak kisah ianya ditukar. Saya harap drama ini mendapat sambutan yang baik dari penonton terutama sekali peminat novel ini.”

Drama ‘Nora Elena’ diterajui oleh barisan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Siti Saleha, Zul Ariffin, Erry Putra, Wan Sharmila, dan Puteri Fateen. Drama 24 episod yang menjalani penggambaran di lokasi seperti Kuala Lumpur, Rawang, Wangsa Maju dan di sekitar Selangor ini turut diperkuatkan lagi dengan alunan muzik dan lagu-lagu yang menyentuh hati. Salah satunya ialah lagu tema berjudul ‘Dan Bila Esok’, nyanyian Sofazr. Selain itu, Erry Putra juga tampil dengan lagu ‘Berubah’ yang bisa menyentuh emosi dan jiwa penonton.

Bagi hero “Nora Elena’, Aaron Aziz yang juga merupakan duta produk L'Oreal Men Expert, beliau tidak mempunyai masalah membawa watak sebagai Seth Than namun mengakui terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran dalam drama ini.

“Seth membawa satu misi yang panjang setelah apa yang telah dia lakukan suatu masa dulu. Antara cabaran yang paling susah yang perlu dihadapi ialah bagaimana saya nak bawakan watak yang mana saya sebenarnya bukan perampas tunang orang. Sebagai persediaan untuk merealisasikan watak Seth Than, saya buat kajian tentang watak itu dengan membaca novel tersebut.”

‘Nora Elena’ merupakan sebuah sketsa romantik yang bakal menggamit perasaan dan emosi anda. Persimpangan cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaanya akibat kedurjanaan manusia. Ingin mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa untuk menonton drama siri terbaru, NORA ELENA yang bakal ke udara pada 9 Mei 2011, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7malam, hanya di slot Akasia, TV3! (Gua)



Sinopsis & Review: Novel Kasih Yang Suci

Kategori : Buku
Genre: Romantik
Penulis: Meen Zulaikha

"Seputih harapan kudambakan memagari rindu yang membiru"

Ramai jugak yang recommend buku ni kat saya.. kalau tengok dalam senarai top ten ni, buku ni antara yang teratas.. mesti ada something special kan? masa nak start baca buku ni saya dah terrrrrrrrrbaca sinopsis kat belakang buku.. laju pulak mata ku ni meniti baris2 di belakang buku hingga habis.. aduih.. silap banyak! terlalu banyak di reveal kan dalam sinopsis.. eh.. bukan. hampir semua yang 'mengejutkan' telah diceritakan dalam sinopsis so menjadikan saya tahu lah what to expect. well, tht's my fault, mengurangkan thrill masa membaca.

buku ni pasti akan memuaskan hati ramai pembaca2 setia buku2 cinta especially those yang looking forward to kisah2 cinta selepas kawin. si suami berusaha mendapatkan cinta isteri yang mengahwininya tanpa rela. seperti tengku syahran memburu cinta zahlia (bicara hati), seperti taufik menggoda salina (kau yang satu), seperti zafri merayu alia (pelayaran cinta), seperti syafiq sabar dgn kerenah Afiqah (pergilah sepi) dan banyak lagi la kisah2 yg seperti ini. kalau ikut dlm senarai saya ada 20 cerita yang termasuk dalam senarai "kisah cinta selepas kawin".

Watak wanita 'sopan tapi seksi' seperti 'Elena' pastinya menarik minat pembaca2 remaja tambah2 lagi bila dipasangkan dgn Seth yg berketurunan baba-nyonya yg hensem. Watak Elena ni mengingatkan saya kepada perwatakan Atikah (Atikah by Hasreeyati Ramli). Kelainan yg terselit Seth ni sudah lama sukakan Elena dan kerana dorongan nafsu, elena menjadi mangsa nafsu serakahnya ketika gadis itu berusia 15 tahun. Elena menghilang dan sepuluh tahun kemudian mereka bertemu semula.

Elena tak mengenali penyerangnya dan tidak sekali kali menyangka Seth yg dianggap penyelamat maruahnya (apabila tunangnya memutuskan ikatan di saat2 akhir krn mengetahui Elena sudah tidak suci) rupa-rupanya lelaki yang telah meragut kesuciannya. Seth sanggup memeluk Islam dan mengamalkan anutannya sepenuh hati. Saat cinta mereka bersemi dan membuahkan hasil, rahsia terbongkar. ishhhh apa la seth tu.. barang bukti pi simpan buat apa. dah dapat Elena tu pi la bakaq ka, tanam ka barang2 bukti tu, dia pi simpan pulak.. aduih.. Kesabaran Seth sbg saudara baru dlm Islam teruji dgn kerenah Elena yang selalu cari pasal. Seth enggan melepaskan Elena yg mengugut akan meninggalkan Seth dan anaknya yg bakal lahir nanti kerana lelaki itulah yg telah menghancurkan hidupnya. Seth menggunakan tempoh Elena mengandung dan menyusu utk memikat semula isterinya itu.

buku ni penuh dengan scene Nora Elena & Muhamad Seth. Seth ni kejanya menggoda sepanjang masa bila dgn Elena.. macam 'segan' dan tersipu sipu pulak la nak baca sesetengah scene tu..

Watak antagonis cuma si yvonne tapi tak cukup jahat .. tapi cukup utk membakar api cemburu Elena.

sinopsis belakang buku:

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

sinopsis di website alaf 21:

KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran.

Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?

Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci. Dapatkan segera sebelum kehabisan.

RM 19.90 - 572 mukasurat


Anda ingin download drama Nora Elena? Disini ada pautan untuk ke laman download drama Nora Elena secara online:

(Download Links Drama Nora Elena) Total 24 Episod, jangka episod akhir 13 Jun depan

Episod 14 - 31 Mei - 140mb
Episod 13 - 30 Mei - 146mb
Episod 12 - 26 Mei - 136mb
Episod 11 - 25 Mei - 143mb
Episod 10 - 24 Mei - 130mb
Episod 09 - 23 Mei - 143mb
Episod 08 - 19 Mei - 122mb
Episod 07 - 18 Mei - 152mb
Episod 06 - 17 Mei - 180mb
Episod 05 - 16 Mei - 126mb
Episod 04 - 12 Mei - 134mb
Episod 03 - 11 Mei - 127mb
Episod 02 - 10 Mei - 125mb
Episod 01 - 09 Mei - 60mb

Untuk mengemaskini download links drama Nora Elena: Sila Klik Disini.

Anda berminat untuk membaca buku novel Kasih Yang Suci secara online? Terima kasih kepada Alaf 21 Sdn Bhd diatas ehsan preview Novel Kasih Yang Suci. Sila baca dibawah Kasih Yang Suci, diharap anda enjoy dengan novel ini! Jika anda suka dan hendak membaca penuh novel Kasih Yang Suci, silalah lawati blog kak Meen Zulaikha untuk menempah beli novel ini di: KLIK BLOG MEEN ZULAIKHA.







Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Drama "Nora Elena" Adaptasi Novel "Kasih Yang Suci" By Mohd Rohaizad. Published: 9.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...