CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Drama 'Siapa Jem?': Jazzy Rashid Pelakon Bintang Utama


Drama Siapa Jem?, lakonan Jazzy Rashid menerajui sebagai pelakon bintang utama. Baru sahaja muncul dalam sebuah filem iaitu Ratu The Movie, Jazzy Rashid, 24, ditawar berlakon watak utama sebagai Jamilah atau Jem dalam drama Siapa Jem?.

Malah pihak Astro meletakkan harapan yang besar kepada Jazzy untuk berjaya seperti Scha Al-Yahya yang mula mencipta nama menerusi drama Awan Dania.

Drama tersebut akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) mulai 6 Jun ini, setiap Isnin, pukul 9.30 malam untuk episod pertama manakala bagi episod seterusnya akan bermula pukul 9 malam.

 Jazzy Rashid

Drama bersiri 13 episod arahan Samby Dinesh ini turut dilakonkan oleh Nazim Othman, Miera Liyana, Siti Elizad Saifudin, Sherry Abdullah, Mazlan Mokhtar, Qazim Nor, Datin Noniswara Baharudin dan Radhi Khalid.

"Saya tidak menyangka terus diberi peluang melakonkan watak utama dalam drama pertama saya ini. Jadi, saya merasakan ia merupakan peluang yang baik sebagai pelakon baru untuk meneruskan cita-cita saya untuk ceburi bidang seni.

"Apabila pengarah dan pihak produksi meletakkan harapan yang besar untuk menjadikan saya sebagai bintang, saya rasa ia seperti tanggungjawab yang besar kerana mereka telah meletakkan harapan yang tinggi," katanya semasa pelancaran Siapa Jem? di Restoran Muhibah, Sungai Penchala, di sini, Rabu.

Tambahnya yang turut berlakon dalam telefilem Panggilan Arwah: "Saya akan cuba merealisasikan tanggungjawab ini dengan baik. Lagipun, saya mempunyai impian sendiri untuk terus kekal dalam industri ini.

"Saya amat berterima kasih kepada pengarah filem Ratu The Movie, Prof Madya A. Razak Mohaideen dan Samby. Sepanjang 11 hari menjalani penggambaran drama Siapa Jem?, saya semakin selesa berlakon kerana Samby banyak menolong saya tentang selok-belok berlakon."

 Barisan para pelakon Siapa Jem?

Sebelum itu, dia telah mempunyai asas tentang dunia lakonan setelah menyertai bengkel lakonan selama dua minggu yang dianjurkan oleh Razak sebelum berlakon Ratu The Movie.

Pelajar jurusan perakaunan di sebuah kolej di ibu kota ini akan cuba merealisasikan minatnya untuk mencuba pelbagai watak bersesuaian dengan karakternya serta menceburi bidang pengacaraan.

Anak kedua dari tiga beradik dari Pasir Gudang, Johor ini juga berharap penonton dapat menghargai bakat lakonannya dan dia percaya bakat seninya mampu diasah secara berperingkat.

 Nazim Othman dan Jazzy Rashid dalam drama Siapa Jem?.

Nazim Othman Belum Terdesak Berlakon Filem 

Biarpun rezeki dalam bidang lakonan semakin bertambah, pelakon Nazim Othman, 27, belum terdesak untuk muncul di layar lebar.


Bagi pelakon yang semakin dikenali selepas muncul dalam drama Begitukah Cinta ini, dia mahu memastikan dirinya betul-betul stabil dan berjaya sebagai pelakon drama terlebih dahulu sebelum terjun ke dunia perfileman.

“Saya ada menerima tawaran berlakon filem tetapi watak dan jalan cerita filem tersebut agak longgar.

“Saya tidak kisah sekiranya ditawarkan watak pembantu asalkan watak itu mempunyai karakter untuk membantu perjalanan cerita dan mampu dibawakan oleh saya,” katanya ketika ditemui di Restoran Muhibbah, Sungai Penchala, di sini, Rabu lalu.

Nazim akui sejak memegang watak utama dalam drama Begitukah Cinta, namanya semakin melonjak naik dan tawaran berlakon tidak pernah putus.

“Alhamdulillah, bermula Oktober tahun lalu sehingga sekarang, rezeki saya tidak pernah putus. Selepas selesai sebuah drama, drama lain pula yang menyusul.

“Malah saya terpaksa menolak beberapa tawaran lain disebabkan pertembungan jadual kerja. Saya juga semakin mendapat kepercayaan penerbit dan pengarah,” ujarnya yang pernah bergelar seorang pramugara MAS pada tahun 2003 hingga 2008.

Menyentuh tentang drama terbarunya, pemuda berasal dari Skudai, Johor ini sedang sibuk dengan penggambaran drama Siapa Jem? yang bakal disiarkan di Astro Ria (saluran 104) pada setiap Isnin, bermula 6 Jun depan.

Untuk episod pertama, drama 13 episod ini akan ditayangkan pada pukul 9.30 malam manakala untuk episod yang seterusnya akan bermula pada jam 9 malam.

Drama arahan Samby Dinesh ini turut dilakonkan oleh Jazzy Rashid, Miera Liyana, Siti Elizad Saifuddin, Sherry Abdullah, Mazlan Mokhtar, Qazim Nor, Datin Noniswara Baharudin dan Radhi Khalid.

Dia melakonkan watak Amerizal iaitu seorang wartawan muda yang sedang mengintip sepasang selebriti yang dikatakan mempunyai skandal. Amerizal bertembung dengan Jem (Jazzy) sehingga menyebabkan tugasnya terbengkalai.

Sinopsis: Drama Siapa Jem? Komedi Romantik Cerita Kupasan Isi Hati Wanita Tentang Cinta

Dikecewakan dan ditinggalkan oleh tunang pada hari pernikahan, tidak melemahkan Jem, sebaliknya dia bangkit dari seorang gadis biasa menjadi seorang selebriti.


Siapa Jem? Pastinya menjadi persoalan buat khalayak. Buat pengetahuan semua, Siapa Jem? merupakan sebuah drama bersiri baru yang bakal disiarkan di Astro Ria, bermula 6 Jun depan setiap Isnin jam 9 malam.

Drama bersiri komedi romantik arahan Samby Dinesh ini mengangkat kisah seorang wanita yang ditinggalkan pada hari pernikahannya dan bangkit memperjuangkan dirinya sehingga berjaya sebagai seorang penyampai radio popular dan dikenali ramai.

Samby Dinesh berkata, siri tersebut mempamerkan kekuatan seorang insan bergelar wanita yang tabah menghadapi sisi kehidupannya yang kelam setelah kecewa kerana cinta. Namun, kerana ketabahan dia akhirnya berjaya membentuk diri menjadi insan cemerlang.

"Kita cuba tonjolkan Jem ini daripada sudut seorang wanita yang kecewa kerana seorang lelaki lalu bangkit membangunkan dirinya.

"Perkara seperti ini memang dah biasa kita lihat dan terjadi dalam kehidupan seseorang wanita. Jadi, kita tonjolkan isu tersebut agar drama ini dekat dengan penonton," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama tersebut yang diadakan di Laman Restoran, Sungai Penchala, semalam.

Pada majlis tersebut, ia turut dihadiri oleh wakil Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli dan barisan pelakon Siapa Jem?.

Menampilkan Jazzy Rashid selaku watak utama Jem, drama tersebut turut dihiasi dengan wajah-wajah baru layar kaca. Antaranya, Miera Liyana, Qazim Nor, Mazlan Mokthar , Radhi Khalid, Siti Elizad dan ramai lagi.

Ditanya kepadanya, mengapa menonjolkan wajah baru sebagai peranan utama, jelas Samby, dia yakin dengan percaturannya itu kerana pernah mengamalkan formula yang sama sebelum ini menerusi Awan Dania.

"Saya memang suka mengambil muka-muka baru untuk menerajui drama saya kerana saya mahu penonton yang menyaksikannya akan merasai drama itu. Kalau saya ambil pelakon yang sudah ada nama, saya rasa penonton tak akan dapat merasai kisah tersebut.

"Jem ini merupakan seorang gadis biasa yang dikecewakan jadi saya yakin apabila ianya dijayakan oleh pelakon baru feel penonton yang menonton terutamanya wanita yang pernah mengalami kejadian seperti Jem kena akan terasa seperti diri mereka dalam drama itu.

"Lagi pun, sebelum ini saya pernah mengarahkan Awan Dania dan mengambil Scha Al-Yahya sebagai teraju utama. Orang ramai dapat menerima Scha dan drama itu memberi kesan kepada mereka," jelasnya penuh yakin. -Murai

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Drama 'Siapa Jem?': Jazzy Rashid Pelakon Bintang Utama By Mohd Rohaizad. Published: 18.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...