CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Drama 'Air Mata Buaya' - Eizlan Yusof Curang Abby Abadi


Betul ke Eizlan Yusof curang kepada Abby Abadi? Ya, tetapi dalam cerita drama Air Mata Buaya. Drama ala-ala komedi sikit tetapi menyentuh tentang rumah tangga, kekeluargaan dan perebutan cinta antara dua wanita. Anda minat dengan drama genre ini? Dibawah ada serba sedikit tentang jalan cerita sinopsis drama Air Mata Buaya. Enjoy! :)

Dalam diam pelakon Abby Abadi bermusuh dengan Eira Syazira gara-gara berebutkan seorang lelaki, Eizlan Yusof menerusi drama terbaru Air Mata Buaya.


Drama tersebut bakal mengisi slot Panggung Ahad akan disiarkan pada 29 Mei 2011, jam 10.00 pagi di TV1.

 Gambar Eizlan Yusof & Abby Abadi - Drama 'Air Mata Buaya'

Mengisahkan tentang Jai yang mudah jatuh cinta dengan wanita yang berada di sekelilingnya walaupun sudah beristeri membuatkan ibunya, Ainon pening.

Isterinya, Shira, pula sering terasa hati dengan perilaku suaminya itu.

Walaupun Shira berjaya mengesan perlakuan Jai yang mempunyai hubungan dengan wanita lain, suaminya akan meminta maaf sehingga berlingan air matanya.

Dek kerana melihat kesungguhan suaminya yang kononnya sudah insaf, Shira memaafkan Jai.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Jai akan kembali dengan kelakuan buruknya itu sehingga membuatkan kesabaran Shira memuncak.



Perkahwinan yang dibina selama 11 tahun bersama mula rapuh kerana Shira tidak lagi mempercayai kata-kata manis suaminya itu lebih-lebih lagi mendapat tahu jai pernah mempunyai seramai 20 kekasih gelap tanpa dia sedar.

Shira membuat keputusan meninggalkan Jai bagi menenangkan hatinya dan ibu Jai juga turut berpakat untuk mengenakan anaknya itu.

Bagaimanapun, Jai cuba mengubah kelakuan buruknya itu demi kebahagian anak-anak serta isterinya itu. -MStar

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Drama 'Air Mata Buaya' - Eizlan Yusof Curang Abby Abadi By Mohd Rohaizad. Published: 22.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...