CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Drama Tanah Kubur - Nasir Bilal Khan Kembali Menggali Lubang


Drama bersiri terbaru Tanah Kubur, lakonan Nasir Bilal Khan bakal menggali lubang liang lahad. Pernah melakonkan watak sebagai seorang penggali kubur untuk drama Cinta Si Penggali Kubur yang disiarkan di TV3 sekitar tahun 2009 yang lalu, Nasir Bilal Khan kini kembali memegang watak itu untuk siri drama Tanah Kubur yang akan bersiaran mulai hari ini di Astro Prima (saluran 106) pada pukul 7.30 malam.

Sinonim dengan watak yang diberikan, menurut Nasir dia membawakan watak itu dalam dua perwatakkan yang berbeza.



"Jika di dalam drama Cinta Si Penggali Kubur saya membawakan watak lelaki lurus bendul yang ditugaskan menggali kubur setiap kali ada kematian, tetapi kali ini watak itu sama sekali berbeza.

"Dalam drama Tanah Kubur, saya memegang watak Tok Adi, yang mempunyai banyak pengalaman sebagai seorang penggali kubur.

"Saya menerima pelbagai peristiwa aneh sewaktu menjalankan tugas menguruskan jenazah.

"Tak dinafikan, melakonkan watak ini memang sangat penat kerana kami semua bekerja sampai waktu malam, dan ada babak-babak yang memerlukan kami mengkebumikan jenazah pada waktu malam, tetapi saya seronok menjayakannya,"jelas Nasir.

 

Menyampaikan pedoman dan nasihat dengan cara yang berbeza, kehadiran drama ini bertujuan untuk mengingatkan penonton supaya sentiasa menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran islam.

Melihat waktu siarannya yang agak kurang tepat iaitu sekitar waktu maghrib, jelas Pengurus Saluran Astro Oasis, Hj Izelan Basar, ia mempunyai motif yang tersendiri.

"Tiap-tiap drama mempunyai ulangan yang hampir setiap hari di waktu-waktu yang berbeza, namun sasaran kami adalah untuk menarik orang yang tidak mengerjakan solat, supaya apabila mereka menonton drama ini, akan datang keinsafan dalam hati mereka untuk kembali kejalan Allah.

Bercerita tentang kisah-kisah yang diceritakan dalam drama ini, menurut Rashid Sibir selaku pengarah drama, hampir keseluruhan drama yang dipaparkan itu adalah benar mengikut kisah-kisah nabi dan perkara yang berlaku di zaman Rasullullah.

"Banyak kisah ditanah kubur cuba kami tonjolkan, antaranya kemunculan ular hitam di liang lahad yang disebabkan amalan riba', nisan kubur mengeluarkan api kerana si mati suka mengumpat dan liang lahad mengeluarkan air yang hitam dan busuk kerana si mati sewaktu hayatnya suka makan harta anak yatim.

"Apa yang kami paparkan adalah apa yang pernah dialami oleh si penggali kubur, saya berharap drama ini mampu memberi pedoman pada masyarakat.



"Memang saya jarang mengarahkan drama-drama bercorak keagamaan, namun sebenarnya dalam hati saya sudah berniat untuk menghasilkan satu drama yang boleh diteladani oleh penonton.

"Alhamdulillah, sepanjang 30 hari kami berlakon di kawasan perkuburan dan selepas 13 lubang kubur kami gali di empat kawasan perkuburan di Hulu Langat, kami tidak menerima sebarang gangguan aneh daripada mana-mana mahkluk,"jelas Rashid Sibir.

Drama Tanah Kubur Dihasilkan Bukan Untuk Menakutkan Para Penonton

Bukan mahu mempamerkan keburukan mahu pun keaiban seseorang, sebaliknya penghasilan drama Tanah Kubur arahan Rashid Sibir dilakukan dengan tujuan untuk mengetengahkan mesej berguna serta memaparkan kisah-kisah tauladan buat masyarakat.


Malah, Rashid Sibir berkata, Tanah Kubur, bukanlah sebuah drama yang dihasilkan untuk menimbulkan ketakutan kepada penonton sebaliknya ianya sebagai satu wadah yang untuk terbaik menyampaikan nasihat kepada orang ramai tentang segala amalan yang dilakukan oleh mereka sepanjang mereka hidup di muka bumi Allah ini.

"Kisah-kisah yang dipamerkan dalam drama ini sebahagiaanny diambil daripada kisah di Rasullah SAW yang kita modenkan semula yang mana ianya bertitik tolak daripada pengalaman yang dilalui oleh seorang penggali kubur," katanya sewaktu ketika ditemui pada majlis pratonton drama bersiri tersebut yang diadakan di TGV, KLCC, baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar.

Tanah Kubur yang telah pun mula ditayangkan sejak 13 Mei lalu di saluran Oasis setiap Jumaat, jam 7.30 malam ini telah dibintangi oleh Nasir Bilal Khan, Fauziah Nawi, Abu Bakar Juah, Zami Ismail dan Rosnah Mat Aris.

Drama bersiri 13 episod ini memaparkan pelbagai peristiwa seram dan aneh yang tercetus sepanjang proses pengebumian seseorang hamba Allah dilakukan akibat perbuatannya yang lalu.

Antaranya kemunculan ular hitam di liang lahad yang disebabkan oleh amalan rasuah, nisan kubur mengeluarkan api kerana si mati semasa hayatnya suka mengumpat dan liang lahat mengeluarkan air hitam dan berbau busuk kerana si matinya dulu suka makan harta anak yatim.

Mengambil masa selama 30 hari itu penggambaran disiapkan di beberapa lokasi tanah perkuburan Islam di sekitar Lembah Klang, Rashid Sibir menjelaskan, dia bersyukur kerana pihak produksinya tidak mengalami sebarang kesulitan atau masalah sewaktu berdepan dengan penggambaran daram bersiri tersebut.


"Alhamdulillah sepanjang penggambaran kami tak mengalami masalah. Mungkin sebab kita buat benda yang elok, jadi Tuhan telah mempermudahkan segalanya," katanya secara berseloroh.

Sementara itu, bagi pelakon utamanya, Nasir Bilal Khan yang membawakan watak sebagai gpengali kubur bernama Tok Adi, bersyukur dan gembira kerana dapat terlibat bersama dalam pembikinan drama bersiri tersebut.


"Kalau anda dah biasa tengok saya berlakon, tentu anda akan sedar bahawa saya memang selalu melakonkan watak sebagai seorang penggali kubur. Saya tak kisah dengan watak yang sebegitu kerana bagi saya dengan membawakan watak sebegini, saya masih dapat berbakti pada masyarakat. Itu yang penting.

"Menerusi drama sebegini secara tak langsung dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang amalan mereka sebagai seorang pengikut Islam," katanya lagi. (Mangga)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Drama Tanah Kubur - Nasir Bilal Khan Kembali Menggali Lubang By Mohd Rohaizad. Published: 14.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...