CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Elly Mazlein & Azmi Hata - Majlis Pertunangan Kereta Kuda


Pertunangan diantara pelakon Elly Mazlein dan Azmi Hata dengan menaiki kereta kuda ke majlis pertunangannya di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, di sini, Ahad.

Elly yang ditemani ibunya dan pereka kostum pertunangan, Eilla Faizshah dari Busana Cinta dijangka akan bernikah dengan pengarah filem Duhai Si Pari Pari, Azmi Hata, 36, pada Februari tahun depan.

 Gambar Elly Mazlein dan tunangnya, Azmi di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort.

Pasangan itu telah berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang melalui rakan. Seterusnya selang lima bulan selepas itu, mereka mula serius bercinta sebelum Azmi melamar Elly pada Februari lalu.

Majlis yang berlangsung bermula pukul 11.30 pagi itu turut dihadiri oleh 100 jemputan yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Sambil duduk di pelamin indah berkonsepkan ‘menyunting si dara di taman larangan’ rekaan Faiz Sabari dari Reka Teemor dengan warna pastel seperti merah jambu dan putih, ibu Azmi, Zaleha Ahmad menyarungkan cincin di jari manis Elly.

 Gambar Elly Mazlein dan bakal ibu mertuanya, Zaleha.

Kedua-duanya berbalas lima dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala tujuh dulang daripada pihak perempuan seperti kek, manisan dan sirih junjung.

Elly memilih Azmi, duda beranak dua iaitu Azim, 10 dan Aqif, 9, yang bercerai beberapa tahun lalu.

Elly turut pernah berlakon di bawah beberapa drama arahan Azmi seperti Hantu Gigi, Relakan Cinta dan Kasih Berbunga Lalang

Isu Arak Di Malaysia ~ Bir Halal?



Sambungan: Majlis Pertunangan Tamatkan Spekulasi Antara Elly Mazlein dan Azmi Hata

Akhirnya segala spekulasi yang kononnya pelakon dan penyanyi Elly Mazlein, 30 tahun, mempunyai hubungan dengan suami orang telah terjawab apabila pelakon manis ini telah selamat ditunangkan dengan pasangannya yang juga pengarah drama dan filem, Azmi Mohd Hata, 36 tahun.


Majlis pertunangan yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan media itu telah diadakan dalam suasana yang sangat romantik dan ringkas di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort , kira-kira 12 tengah hari tadi.

Elly Mazlein yang mengenakan gaun rona merah jambu rekaan Eilla Faizshah dari Busana Cinta itu memberitahu dan berharap majlis pertunangannya bersama duda anak dua itu akan menamatkan segala gosip yang kurang enak terhadap dirinya.

"Alhamduliah, sebenarnya saya sangat terharu dan sebak bila lihat wajah keluarga dan para media yang hadir. Bukan apa, saya rasa lega dan berharap dengan majlis ini terjawablah sudah segala gosip serta cerita negatif yang selama ini menghantui media dan peminat saya.



"Saya tahu ramai yang percaya dengan spekulasi yang wujud sebelum ini dan saya nak mereka tahu bahawa sangkaan itu sama sekali meleset.

"Tapi hari ini saya bersyukur dapat dipertemukan dengan Azmi yang kini sudah menjadi tunang saya. Azmi seorang yang baik hati serta romantik selain saya terpikat dengan sifat kebapaan dalam dirnya," kata Elly Mazlein yang menaiki kereta kuda sewaktu berarak masuk ke dewan.

Dalam majlis tersebut, Elly yang duduk di pelamin indah berkonsepkan Menyunting Si Dara di Taman Larangan rekaan Faiz Sabari dari Reka Teemor dengan warna pastel seperti merah jambu dan putih, telah disarungkan cincin ke jari manisnya oleh ibu Azmi, Zaleha Ahmad.

Pasangan itu telah berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang melalui rakan. Bagaimanapun Elly mula dilamar oleh Azmi yang juga pengarah filem Duhai Si Pari-pari ini pada Februari lalu.
Azmi yang terpikat akan luaran serta keperibadian tunangnya itu memberitahu, Elly adalah wanita yang berjaya memikat hatinya setelah beberapa tahun menduda.

"Selain kecantikan luaran, Elly mempunyai keperibadian yang sangat mulus dan lemah lembut. Setelah berkenalan lebih dua tahun saya dapati kami sangat serasi dan dia sangat istimewa dalam hidup saya.

"Saya tahu Elly mempunyai ramai peminat yang mahu menyuntingnya, jadi saya menyahut cabaran untuk memikat hatinya dan akhirnya kami sama-sama terpaut.

"Apa yang pasti, saya sudah mula teruja pula untuk menanti hari bahagia yang mana kami akan disatukan dengan ikatan yang sah kelak. Namun kami belum ada tarikh yang spesifik lagi tetapi mungkin dijangka Februari tahun hadapan," kata bapa kepada dua anak iaitu Azim, 10 dan Aqif, 9.



Kedua-duanya berbalas hantaran yang mana lima dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala tujuh dulang daripada pihak perempuan seperti kek, manisan dan sirih junjung.

Elly yang bakal ke lokasi pengambaran bagi drma Secangkir Cinta Semanis Madu untuk RTM itu bakal berlakon sebuah drama bersiri arahan tunangnya berjudul Hantu Gigi.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Elly Mazlein & Azmi Hata - Majlis Pertunangan Kereta Kuda By Mohd Rohaizad. Published: 29.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...