CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Fasha Sandha Geram & Marah Hero Lambat Datang Set Lakonan


Betul ke Fasha Sandha geram dan marah seorang pelakon lelaki HERO yang lambat datang ke tempat set lakonan sebuah drama? Ratu kontroversi, Fasha Sandha kembali mengegarkan dunia hiburan dengan status-status twitter berunsur kebengangan terhadap sikap seorang pelakon lelaki yang menjadi hero dalam sebuah rakaman drama. Kami sudah tahu siapakah gerangan lelaki tersebut, tapi tak thrill-lah kalau bagitahu awal-awal, kan?

Menurut Fasha Sandha melalui laman Twitternya, sepatutnya call time pukul 8 pagi, namun hero lelaki tersebut masih tidak hadirkan diri di set walaupun jam sudah menunjukkan pukul 9.05 pagi. Katanya lagi, dia sampai di set pada pukul 7.45 pagi sudah tak berminat untuk berlakon bersama hero lelaki tersebut.

 Gambar Twitter Fasha Sandha Geram Dengan Kelewatan Pelakon Hero

Tunggu punya tunggu, hero lelaki itu masih tak munculkan diri. Akhirnya, pada pukul 12.30 tengah hari, baru hero lelaki itu memunculkan diri, kiranya lewat 4 jam daripada jadual asal. Sesiapa pun akan marah campur bengang juga, kan?

Nak dijadikan cerita, hero lelaki itu tidak meminta maaf kepada orang-orang yang terlibat dan memberi alasan kepada penolong penerbit bahawa keretanya rosak. Ehem, hero lelaki itu boleh tweet, tapi tak boleh call penerbit? Pelik? (Alasan semuanya)

 Gambar Twitter Fasha Sandha Tidak Berpuas-hati Dengan Kelewatan Pelakon Hero

Kami peminat seni memberi tabik hormat kepada Fasha Sandha sebab dia mengekalkan tahap displin & profesional sebagai pelakon. Artis-artis lain wajar mencontohi tahap profesional Fasha Sandha, tapi yang buruk tu jangan diikut pula ya. (Kredit: Terima Kasih Ohbulan) 

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Fasha Sandha Geram & Marah Hero Lambat Datang Set Lakonan By Mohd Rohaizad. Published: 31.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...