CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem Adnan Sempit 2 - Shaheizy Sam Dibayar Mahal


 
Filem terbaru Adnan Sempit 2, Shaheizy Sam dikatakan menerima bayaran yang mahal untuk lakonan filem sequel tersebut, betul ke? Sam baru sahaja memenangi Anugerah Bintang Paling Popular, ternyata rezeki anak muda bernama Shaheizy Sam ini semakin bertambah dan tidak pernah putus.

Mengakui jadual kerjanya sudah penuh sehingga penghujung tahun 2011 ini, Shaheizy Sam atau mesra disapa, Sam ini bakal memulakan penggambaran filem terbarunya, Adnan Sempit 2.

Filem Sekuel yang berkesinambungan daripada filem Adnan Sempit ini masih lagi meletakkan Sam sebagai pelakon utama dan begitu juga turut menampilkan beberapa orang pelakon yang sama iaitu Intan ladyana, Yana Shamsuddin dan Along. Menjanjikan kelainan dan lebih ekstrem daripada filem pertamanya, Adnan Sempit 2 ini bakal diarahkan oleh Ismail Bob Hasim.

Bercerita tentang wataknya sebagai Adnan, Sam tidak menolak andaian bahawa dirinya menerima bayaran yang lebih daripada apa yang diterimanya sewaktu melakonkan filem Adnan Sempit yang lalu.

"Setiap manusia tidak boleh berada pada satu tempat atau tahap yang sama untuk satu tempoh masa yang lama, dan kita seharusnya sentiasa naik dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih baik, begitu juga dari segi bayaran.

"Apa yang boleh saya katakan tentang bayaran adalah, Alhamdulillah,"jelasnya.

Melihat kejayaan filem Adnan Sempit yang lalu, sudah pasti peminat dan penonton mengharapkan sesuatu yang lebih menarik . Agak gentar bila memikirkan perkara itu, Sam berjanji memberikan yang terbaik dalam filem itu nanti.

"Semua kerja saya mempunyai tekanan yang berlainan, untuk filem ini, sudah tentu saya agak tertekan kerana sebelum ini ia begitu diterima ramai.

"Daripada segi watak, tidak banyak yang berbeza antara watak Adnan yang lama dengan Adnan yang baru, tetapi saya akan memperlihatkan watak Adnan itu jauh lebih extrame berbanding watak lama.

Melihat pada pencapaiannya dalam bidang lakonan, Sam sememangnya bijak membawa apa sahaja watak yang diberikan kepadanya, namun berbeza dengan kebanyakkan pelakon lain, Sam nampaknya enggan membawa dirinya ke pentas teater.

"Saya pernah ditawarkan untuk teater, tapi setakat ini saya masih belum berkesempatan untuk terima sebab jadual yang penuh. Teringin juga nak berada diatas pentas teater, tapi dalam masa yang sama, saya juga takut,"jelas Sam. (Mangga)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem Adnan Sempit 2 - Shaheizy Sam Dibayar Mahal By Mohd Rohaizad. Published: 4.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...