CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem Fast & Furious 5 (Gambar, Sinopsis & Video)




 


Dibintangi oleh: Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson (The Rock), Jordana Brewster, Tyrese Gibson, Ludacris, Matt Schulze, Sung Kang, Gal Gadot

Genre: Aksi / Thriller

Ulasan:

Filem aksi kegemaran ramai, Fast & Furious kini kembali dengan siri ke-5. Kali ini filem ini diwarnai dengan kehadiran beberapa muka baru bagi memancing penonton ke pawagam. Kalau anda suka dengan lakonan Dwayne Johnson atau The Rock, penampilannya kali ini mungkin memuaskan hati anda. Kali ini karektornya lebih serius berbanding filem-filem terdahulu.



Seperti filem pertama yang ditayangkan pada 2001 dahulu, Fast & Furious masih tidak lari daripada tiga perkara utama – perlumbaan kereta yang mengujakan, wanita-wanita berpakaian seksi dan wang.  Satu perkara yang ketara, kali ini perlumbaan kereta banyak berlaku di antara kumpulan Toretto dengan pihak berkuasa (polis) yang memburu mereka, bukan dengan pelumba kereta lain.


Ini bermakna jalan cerita kali ini lebih bagus.  Konfliknya lebih besar kerana bukan Toretto seorang menjadi buruan polis, tetapi Brian dan Mia turut terheret sama selepas mereka bersekongkol membantu Toretto melarikan diri daripada dipenjarakan.

Walaupun filem menunjukkan salah laku yang tidak patut dicontohi, tetapi penulis skrip tidak lupa menyelitkan mesej positif. Nilai kekeluargaan dan semangat setia kawan sangat terserlah dalam Fast & Furious 5. Toretto dengan mudah menjadi lembut hati apabila mendapat tahu Mia hamil. Dia akhirnya setuju dengan Brian untuk melakukan satu lagi rompakan terancang bagi bersara terus daripada melakukan kegiatan jenayah.

Secara ringkasnya, filem ini pasti tidak menghampakan anda. Ia padat dengan aksi yang mencemaskan serta disulami dengan lawak jenaka yang menghiburkan. GUA suka dengan kehadiran watak Roman dan Tej yang suka bertelagah sesama sendiri. Memang melucukan.

Sekurang-kurangnya tidaklah berdebar-debar sepanjang masa. Ada kejutan di akhir filem ini. Kalau hendak tahu, anda perlu tunggu sehingga kredit habis ditayangkan. Sebagai pembayang, ada watak yang sudah mati muncul kembali.



Fast & Furious 5 mengisahkan bagaimana Brian O'Conner dan Mia Toretto yang akhirnya menjadi buruan polis selepas bersekongkol  membantu Dom Toretto melepaskan diri daripada dipenjarakan. Untuk mengelakkan diri ditahan polis Amerika mereka telah melarikan diri ke Rio Janeiro, Brazil.

Kerana terdesak memerlukan wang, mereka melibatkan diri dalam satu rompakan kereta. Tanpa diduga penglibatan mereka itu membuatkan mereka  terperangkap dengan konflik yang lebih besar apabila terkait dengan Reyes, individu paling berpengaruh di Rio. Apabila mendapat tahu Reyes mempunyai wang yang sangat banyak, Brian dan Toretto bercadang untuk merompaknya bagi mengumpul wang persaraan.

Untuk memastikan rancangan itu berjaya,  mereka telah mengumpulkan beberapa orang untuk dijadikan satu kumpulan khas untuk menjayakan misi yang sangat sukar itu. Dalam masa yang sama, mereka juga perlu  berhadapan dengan Luke Hobbs,  seorang ejen yang yang ditugaskan untuk menangkap mereka bertiga.


Info:

Mungkin ada yang tidak perasan, 2 Fast 2 Furious adalah satu-satunya siri filem ini yang bukan diarahkan oleh Justin Lin. Sebaliknya ia adalah arahan John Singleton yang mengarahkan filem Four Brothers yang menampilkan  Mark Wahlberg, Tyrese Gibson, Andre Benjamin dan Garrett Hedlund. (Gua)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem Fast & Furious 5 (Gambar, Sinopsis & Video) By Mohd Rohaizad. Published: 6.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...