CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem Kongsi Lu Langsi Lu Mati - Sinopsis & Trailer




Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan. Di atas ada video trailer filem Lu Langsi Lu Mati di youtube online yang boleh disaksikan terus.



ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.
Hari itu sempat tengok dibelakang tabir pembikinan filem ini arahan Farid Kamil, memang best tetapi perlu bantuan dan panduan ibu bapa ya bagi yang bawah umur bila menyaksikan filem ini agar mereka tidak terpesong seperti aksi ganas yang terdapat dalam filem ini.



Antara pelakon yang membintangi filem tentang pergaduhan membabitkan kumpulan-kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India itu ialah Shaheizy Sam, Fizo Omar, Norliana Samsudin, Azad Jazmin, Putri Mardiana dan Fida Ibrahim.

Senarai krew yang terlibat dalam proses pembikinan dan penerbitan filem Kongsi 2011

Produksi: MIG Production Sdn. Bhd.

Penerbit: David Teo
Pengarah: Farid Kamil
Penolong Pengarah 1: Ismail Hasim
Penolong Pengarah 2: Shahizan Sahip
Konti: Wan Suriya Wan Deraman
Skrip: Panel MIG
Koordinator: Faten Syamimie Abd Aziz
Penolong Pengurus Produksi: Mohd Azaromi Ghozali
Pengarah Seni: Ahmad Rusli Mohd Khadri
Pengarah Fotografi: Mohamad Ridhuwan Zainal Abidin
Penolong Pengarah Seni 1: Mohd Daniel Hafizal Abd. Razak
Prop Man: Mohd Azizi Abdul Aziz
Mekap: Azman Safie
Wardrobe: Nor Diana Arshad
Action Fight Cordinator: Rubindran Nair A/L Govendan
The Making Of: Mohd Ikhram Izzazuddin (Atom)
Still Photo: Tan Shier
Penyelaras Produksi: Azahari Abdul Hamid
Runner: Muhammad Abu Baihaki Barsir

Pelakon: Shaheizy Sam (Tumulak), Fizo Omar (ASP Shariff), Norliana Samsudin (Detektif Maya), Azad Jazmin (Mikail), Putri Mardiana (Yati), Abd Basid (Man Jawa), Shafie Jaafar (Tok Malik), Shahfiez (Radhi), Fida (Maria), Zul Handy Black (Kimpedu), Hairul Azreen (Remy), Sasqia (Sarah), Pooniah (Victor), Chew Kin Wah (Jimmy), Komeng (Rahim), Nizar Jeffrey (Boboy), Alex Yanz (Robert).
 

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem Kongsi Lu Langsi Lu Mati - Sinopsis & Trailer By Mohd Rohaizad. Published: 11.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...