CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Gambar Zed Zaidi & Nelly Natalia (Majlis Resepsi Persandingan)


Gambar Zed Zaidi dan Nelly Natalia dalam majlis resepsi persandingan, perkahwinan pelakon Zed Zaidi dan Nelly Natalia berlangsung dengan penuh protokol apabila 20 pengawal mengawal ketat setiap upacara melibatkan pengantin tersebut. Bukan senang hendak ambil gambar majlis resepsi mereka, hal ini menyebabkan ramai pegawai wartawan bertugas sukar menjalankan tugas mereka.
Keadaan tersebut menyebabkan pengamal media sukar merakamkan gambar mempelai sehingga timbulnya banyak rungutan di kalangan mereka.



Majlis berkonsepkan moden dan tradisional itu berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Mentakab, di sini, malam Sabtu. Ia dihadiri lebih 800 tetamu termasuk kedua-dua ibu bapa pengantin iaitu Abd Jamil Talib (bapa Zed), Fauziah Hassan (ibu Zed), Mustafa Kamal Datuk Seri Hussein (bapa Nelly) dan Norijah Datuk Seri Mohd Bahri (ibu Nelly).

Turut hadir, rakan artis seperti Iqram Dinzly, Misha Omar, Ahmad Idham, Julia Ziegler, Aril (AF7), Intan Ladyana, Kamal Adli, Fizz Fairuz, Emelda Rosmila, Zehra Zamri, Adib (Fabulous Cat), Zizi (Fabulous Cat), Datuk Yusof Haslam dan Datuk Aziz Singah.



Bagaimanapun, Zed menjelaskan bahawa tindakan tersebut perlu dilakukan untuk memberi laluan kepada pengantin dan melancarkan perjalanan majlis.
“Dua puluh pengawal yang bertugas ditaja oleh Epanco bermula dari majlis pernikahan hingga majlis resepsi pada malam ini. Tugas mereka adalah untuk memberikan laluan kepada kami dan melancarkan majlis.

“Tetapi dalam masa yang sama, saya turut risau dengan perjalanan majlis ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar hasil kerjasama ramai pihak dan seperti biasa mungkin ada sedikit kesilapan,” kata Zed dalam satu sidang media ditemani isterinya.

Selepas seminggu bergelar suami, Zed akui banyak perubahan yang berlaku dalam hidupnya termasuklah memikirkan untuk bekerja lebih kuat.

“Kalau dulu, saya hidup seorang diri tetapi apabila sudah berkahwin, saya rasa lain. Kami masih cuba menyesuaikan diri masing-masing dan saya juga belum sempat merasai masakan ‘air tangan’ isteri.



“Tentang bulan madu, kami memilih untuk ke Dublin, Ireland sekaligus melawat adik perempuan saya, Rozleen yang bekerja di sana. Lagipun, dia tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan saya. Kami belum tahu bila akan ke sana kerana saya bukan jenis suka merancang,” ujar Zed lagi yang menggayakan sut hitam.

Zed turut merancang untuk membuka sebuah francais makanan bersama isterinya pada masa akan datang.
Selepas berkahwin, Zed dan Nelly kini menetap di kediaman aktor itu di Damansara Perdana, di sini.

Pasangan yang berkenalan menerusi laman sosial Facebook itu bernikah pada 29 April lalu di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Zed menganggarkan keseluruhan kos perkahwinannya melibatkan lebih RM100,000 termasuk belanja hantaran. (Mstar)

Impian Zed Zaidi & Nelly Natalia Untuk Buka Perniagaan Makanan Selepas Bulan Madu Di Dublin, Ireland

Mahu membuka perniagaan makanan bersama isteri, Natalia Halimatun Mustapha Kamal, itulah impian aktor, Zed Zaidi setelah bergelar suami.

Mahu memberi tumpuan pada perancangan tersebut, kata Zed Zaidi, semuanya akan direalisasikan secara berperingkat.

"InsyaAllah, kalau boleh saya dan isteri, mahu membuka perniagaan makanan secara francais.

"Itu memang dah ada dalam perancangan dan kami akan usahakannya selepas ini, katanya.

Zed Zaidi dan Natalia telah pun diijabkabulkan pada 29 April lalu setelah berkawan hampir empat tahun.

Masih belum memikirkan tentang anak, namun jelas pemuda berusia 30 tahun itu, dia dan isteri menerima seandaikan ditakdirkan mendapat cahaya mata dalam masa terdekat.

"Kami tak merancang, ada rezeki kami terima seadanya. Lambat atau cepat semuanya saya serahkan kepada Allah SWT," jelasnya lagi.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis resepsi kedua-dua belah pengantin yang telah diadakan malam tadi, di Dewan Perdana Felda,Kuala Lumpur, jelas Zed Zaidi, dia amat bersyukur kerana segalanya berlangsung dalam keadaan yang sempurna.

"Alhamdullilah semuanya telah berjalan dengan lancar. Saya berdebar juga menanti saat bersanding, tapi syukur semuanya dapat dilaksanakan dengan baik, "katanya yang mahu berbulan madu ke Ireland selepas menyelesaikan segala tugas.

Sementara itu, pada majlis persandingan tersebut pasangan berkenaan manis mengenakan busana rekaan Anizam Yusoff.

Bertemakan moden kontemporari, Zed Zaidi dan isteri memilih mengayakan sut dan gaun berona kelabu.

Dihadiri 800 orang mewakili keluarga dan teman rapat kedua-duanya, beberapa teman artis antaranya, Scha AlYahya, Liyana Jasmay, Den Wahab dan isteri serta Hans Isaac
hadir menyerikan majlis.

Sama seperti pasangan yang lain, pengantin diraikan di atas pelamin rekaan Flora Etc Sdn.Bhd., direnjis, makan beradab serta upacara memotong kek 7 tingkat.

Lebih manis lagi, pengantin dan tetamu dihiburkan oleh nyanyian daripada Zehra Zamri, Adib dan Zizie Fabulous Cats.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Gambar Zed Zaidi & Nelly Natalia (Majlis Resepsi Persandingan) By Mohd Rohaizad. Published: 8.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...