CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Guru Rogol Pelajar Tanah Rancangan Felda Di Pahang


Berhubung kes rogol seorang pelajar tanah rancangan Felda, polis telah menahan seorang guru sekolah menengah di salah sebuah tanah rancangan Felda di Jengka, Jerantut, Pahang, kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Khamis lalu. 

Dalam kejadian 3.30 petang itu, guru lelaki berusia 33 tahun itu didakwa merogol pelajar berusia 15 tahun itu di sebuah kuarters guru di tanah rancangan itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud, berkata guru berkenaan menghubungi keluarga mangsa untuk mengajar mangsa di kuarters berkenaan. 

"Mangsa dan seorang rakan sekolahnya pergi ke rumah guru berkenaan bagi menyiapkan kerja sekolah. Bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian rakan mangsa beredar dari rumah itu.

"Selepas rakan mangsa keluar, guru berkenaan bertindak memeluk mangsa secara paksa dan merogolnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, mangsa yang mengalami kemurungan menceritakan perkara itu kepada seorang guru di sekolahnya sehari selepas kejadian sebelum dimaklumkan kepada keluarga. 

Laporan polis telah dibuat oleh keluarga si mangsa semalam selepas mangsa memberitahu beliau telah dirogol oleh seorang guru, siasatan terperinci dan maklum balas hospital akan diketahui kelak jika benar berlakunya rogol ke atas mangsa.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Bahagian Siasatan dan Perundangan) negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, suspek yang berusia 33 tahun dan telah berkahwin serta mempunyai dua anak itu ditahan di rumahnya, semalam. (Utusan)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Guru Rogol Pelajar Tanah Rancangan Felda Di Pahang By Mohd Rohaizad. Published: 9.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...