CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Agama: Rampas Kedudukan Islam Wujud Di Malaysia



Berhubung dengan isu agama, yang terkini panas isu kristian merancang untuk mengambil alih kerajaan Malaysia secara senyap dan halus. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendakwa memang wujud gerakan oleh pertubuhan agama lain untuk merampas kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan di Malaysia. 

Adakah akan ada pemimpin tertinggi Melayu beragama Islam yang pada zahirnya Islam tetapi berhati agama lain seperti Yahudi, Kristian di Malaysia? Tanda-tanda kewujudan gerakan tersebut menghampiri kejayaan apabila terdapat pemimpin tinggi kerajaan yang beragama Kristian berada di peringkat pusat dan negeri. Malah tidak mustahil, negeri pertama Kristian bakal diwujudkan di Malaysia. Begitu jua dengan negeri-negeri lain yang bakal mewakili agama lain. 

Adakah persoalan-persoalan yang wujud tersebut bakal menjadi nyata? Ya, suatu hari nanti bakal terjadi apabila kerajaan masih lagi memejamkan mata seolah-olah isu ini tidak penting. Apa perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Adakah bijak strategi taktik pecah dan perintah diamalkan lagi selepas merdeka daripada British? Perlukah dinyatakan disini peristiwa yang berlaku di Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak untuk menyedarkan pihak kerajaan?

Kata Datuk Zulkifli Noordin, beliau menyedari kewujudan gerakan itu setahun yang lalu dan ia bergerak secara senyap dalam usaha cuba menghakis kedudukan agama Islam sedikit demi sedikit.

Katanya, perjuangan pergerakan itu berlandaskan kepada 14 tuntutan seperti yang dikemukakan oleh pihak pembangkang kepada Suruhanjaya Antara Agama (IFC).

"Saya difahamkan antara perkara yang mereka perjuangkan ketika ini adalah untuk mengkategorikan golongan di bawah 18 tahun sebagai 'tidak beragama' dan mereka hanya boleh memilih agama apabila mencapai usia tersebut.

"Alasan yang digunakan adalah bagi menyelesaikan masalah penetapan agama anak yang sering menjadi perdebatan di negara ini apabila salah seorang daripada ibu atau bapanya bukan beragama Islam.

"Selain itu, saya juga difahamkan bahawa pergerakan ini sedang berusaha untuk membolehkan persatuan agama lain ditubuhkan di peringkat sekolah rendah dan menengah," katanya ketika ditemui pada perhimpunan pemimpin pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, tuntutan-tuntutan tersebut akan disuarakan menerusi ahli Parlimen yang mewakili pertubuhan agama tersebut.

"Jadi, saya harap kerajaan mengambil berat perkara ini. Kita tidak menafikan hak kaum lain untuk mengamalkan fahaman serta agama mereka, tetapi jangan sekali-kali cuba mencabar Islam," katanya.

"Saya juga menyeru semua umat Islam di negara ini supaya bersatu. Kita semakin lemah dan berpecah-belah sejak akhir-akhir ini, sebab itu golongan yang dengki dengan kita, dengki dengan Islam semakin berani mengambil kesempatan," jelasnya.

Isu Sensitiviti Islam Boleh Cetuskan Kebimbangan Rakyat, Timbul Huru-hara

''Jangan curah minyak ke dalam api jika mahu sentuh sensitiviti umat Islam dan Perlembagaan negara.''


Itu reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung laporan tentang pihak tertentu dikatakan mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan Perdana Menteri daripada penganut agama itu.

Katanya, perbuatan itu jika benar merupakan satu perkara luar biasa dalam amalan politik negara kerana pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi negara telah termaktub dalam Perlembagaan.

''Hal tersebut telah menjadi sumpah Yang Dipertuan Agong untuk mempertahankan agama Persekutuan ini dan raja-raja sebagai penaung dan penjaga agama.

''Jika benar ini berlaku, ia bakal mencetuskan kebimbangan seluruh rakyat Malaysia beragama Islam dan boleh mencetuskan huru-hara yang tidak pernah diganggu-gugat keamanan berhubung perkara itu,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Jamil Khir berkata, pihak berkuasa keselamatan harus meneliti secara mendalam kebenaran dakwaan itu sebelum tindakan lanjut diambil.

''Perkara ini perlu disiasat terlebih dahulu kerana ia membawa satu kejutan besar kepada negara. Kita tidak mahu menuduh sesiapa termasuk pihak DAP yang didakwa menganjurkan majlis pertemuan paderi itu,'' katanya.

Respon Balas PM Najib: Jangan Eksploitasi Isu 'Konspirasi Kristian' Di Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menggesa semua pihak supaya bertenang dan tidak mengeksploitasi isu agama yang sedang dilaporkan dalam media Malaysia.

"Tolong bertenang sehingga kami mencari faktanya. Ia (mengeksploitasi) tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa pun. Siapa saja sama ada pembangkang atau pro kerajaan, mereka tidak boleh dan tidak sepatutnya mengeksploitasi isu ini," katanya kepada wartawan Malaysia di sini selepas Sidang Kemuncak Asean ke-18 di Jakarta hari ini. 

Perdana Menteri yang diminta mengulas isu mengenai adanya pihak sedang berusaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia, berkata kerajaan akan menyiasat terlebih dahulu perkara itu dan semua pihak tidak harus membesarkan cerita kerana ia boleh menjadi api dalam sekam.

"Kalau kita tak bendung, ia boleh menjadi unsur polarisasi yang serius dalam masyarakat kita," katanya.

Najib berkata agama merupakan perkara yang sensitif dan semua pihak dalam negara mesti menjaga keadaan supaya tidak ada sesuatu yang boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat. 

"Malaysia berpegang kepada peruntukan perlembangan, maknanya Islam ialah agama rasmi Malaysia dan di samping itu agama-agama lain bebas dianuti.

"Ini merupakan prinsip penting yang telah dijadikan sendi utama dalam pembentukan negara Malaysia yang tidak boleh dipersoalkan.

"Kalau ada sesiapa yang cuba menggugat ketenteraman negara, kita tak akan benarkan perkara ini berlaku sebab yang penting ialah keharmonian dalam negara kita," katanya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Agama: Rampas Kedudukan Islam Wujud Di Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 8.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...