CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Akademi Pengajian Islam UM, Nilam Puri Ditutup


Berkenaan dengan isu kontroversi ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi menafikan khabar angin kononnya akan menutup Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Nilam Puri di Kota Baharu dalam tempoh terdekat. Telah lama isu ini dibangkitkan berkenaan dengan courses yang ditawarkan kononnya tidak kompetitif berbanding dengan courses yang lain, selain itu, terdapat juga ketidakpuasan hati sesetengah pihak dalam menguruskan akademi Islam tersebut. Apa-apa pun, terserah kepada pihak berwajib untuk mengkaji dan menyelesaikan kemelut yang melanda dalam institusi pendidikan negara kita ini.

Timbalan Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata sebaliknya kementerian itu dan pengurusan UM sedang mengkaji untuk memperkasakan akademi tersebut yang banyak berjasa kepada ilmuan Islam di negara ini selain merupakan institusi pengajian tinggi yang mempunyai sejarah tersendiri di Kelantan. 
Antara kajian itu ialah bagaimana untuk memperluaskan lagi fungsi akademi tersebut yang bukan sahaja menyediakan pelajar untuk pengajian Islam tetapi melahirkan pelajar yang boleh menguasai Bahasa Arab bagi menyambung pelajaran mereka ke Universiti Al Azhar, Mesir.

"Kita melihat apakah Nilam Puri boleh menyediakan kursus Bahasa Arab dengan kerjasama (Universiti) Al Azhar seperti yang disyaratkan Al Azhar yang hanya akan mengambil pelajar yang lulus Bahasa Arab," katanya selepas memberikan ceramah motivasi kepada pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra di Kota Baharu, hari ini.

Beliau berkata ketika ini ada pelajar yang masih tidak menguasai Bahasa Arab dan terpaksa mengambil kursus bahasa itu terlebih dahulu sebelum mengikuti pengajian di universiti terbabit.
"Pelajar itu habiskan masa kira-kira dua tahun untuk menguasai bahasa itu sebelum mengikuti kuliah sebenar," katanya.

Sementara itu Saifuddin menasihati pelajar agar tidak meminggirkan ko-kurikulum semasa di sekolah menengah kerana ia penting sebagai syarat utama sebelum memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata walaupun pencapaian akademik mereka sangat tinggi di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi jika markah ko-kurikulum mereka rendah, ia mungkin menjejaskan peluangnya untuk memasuki IPTA.

"Kemasukan ke IPTA sekarang semakin kompetitif dan ia tidak cukup dengan keputusan akademik yang baik sahaja dan mesti seimbang dengan markah ko-kurikulum ini," katanya. (Bernama)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Akademi Pengajian Islam UM, Nilam Puri Ditutup By Mohd Rohaizad. Published: 3.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...