CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Arak: Umat Islam Dilarang Minum 'Bir Halal' Di Malaysia


Betul ke dalam isu arak di pasaran Malaysia terdapatnya Bir Halal? Umat Islam di negara ini diingatkan / dilarang supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak. Ada ke bir halal? Sepatutnya semua bir adalah HARAM.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.



Katanya Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.


"Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam diRaja Malaysia (KDRM) untuk mendapatkan maklumat lebih jelas," kata Jamil Khir kepada pemberita selepas menutup program Juara Rakyat anjuran Umno Bahagian Padang Serai di Padang Awam Pekan Sungai Karangan, petang semalam.



Akhbar semalam melaporkan mengenai penjualan 'bir halal' di pasaran yang semakin popular di kalangan umat Islam dan dikesan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini.


Akhbar berbahasa Melayu yang memetik satu sumber berkata, JAIJ mengambil contoh minuman itu untuk diuji di makmal dan hasilnya mendapati bir tersebut dihasilkan dari pelbagai perisa buah-buahan mengandungi 0.5 peratus alkohol.

JAIJ kemudian memaklumkan kepada JAKIM dan KDRM supaya mengambil tindakan sewajarnya termasuk menghentikan penjualannya jika perlu.

Akhbar itu turut memetik Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsuddin sebagai berkata bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

Katanya ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semulajadi.

Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.


"Dalam keadaan tidak pasti, saya ingin menasihatkan umat Islam berhenti meminum minuman itu supaya tidak terperangkap dalam situasi yang mengelirukan," kata Jamil Khir.

Sebelum itu, dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa kesal kerana ada pihak-pihak yang ghairah mempermainkan institusi Mufti dan melabelkan mufti ke taraf terendah dan menyifatkan perbuatan itu sebagai biadap dan menghina agama.

Menteri Muda Sarawak Hina Islam?

Menurut pendapat Ustaz Zaharuddin berhubung dengan Isu Arak - Bir halal:


Bir yg didakwa halal sebelum ini rupanya ada nisbah alkohol, yg mana dalam hadis menyebut, "apa yg banyaknya memabukkan, maka sediktnya juga haram" ما أسكر كثيره فقليله حرام . Atas sebab itu,  apabila didakwa bir yang dijual itu TAK MABUK DAN TAK ADA ALKOHOL, maka ulama kata ia HARUS (BOLEH MINUM). Tiada yg salah dgn pendapat ulama tu. Cuma perlu difaham dengan teliti sahaja letak duduk perkara. Namun sekarang bila sudah terbukti ada alkohol walau pada nisbah kecil, ia kembali kepada hukum sebenar, ia adalah HARAM.

Dengan bongkaran baru-baru ini, apa yang jelas adalah umat Islam ditipu oleh pengeluar kerana ada minuman bir yang didakwa tiada alkohol, rupanya ada alkohol.

Fahamkan perbincangan illah dan kaitan dgn isu bir yang didakwa halal tu. Hadis nabi yg menjadi pegangan bahawa arak haram kerana memabukan adalah " كل مسكر خمر كل خمر حرام" (ertinya : Setiap yang (minuman & makanan) yang memabukkan itu adalah arak dan setiap arak itu haram) . Banyak lagi matan lain yang berbeza lafaz tapi ertinya adalah sama.

P/s: Penulis nasihatkan pengguna terutamanya masyarakat Islam Malaysia janganlah mudah terperdaya dengan minuman botol ala arak yang kononnya HALAL tetapi sebenarnya HARAM. Minuman botol ala BIR HALAL ini mudah didapati di pasar raya di tempat anda. Semoga Allah S.W.T. melindungi kita semua daripada fitnah dan tipu daya syaitan yang bertopengkan manusia.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Arak: Umat Islam Dilarang Minum 'Bir Halal' Di Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 29.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...