CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Bank Muamalat: BIMB Terjejas Jika Terus Ambil Alih


Berhubung dengan isu masalah kes kewangan yang dihadapi oleh Bank Muamalat, betul ke prestasi BIMB Holdings Bhd. (BIMB) didakwa akan terjejas? Jika pihak syarikat itu meneruskan hasrat mereka untuk mengambil alih Bank Muamalat Malaysia Bhd. (Bank Muamalat).
 
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, tindakan itu akan membawa lebih beban kepada Bimb.

"Saya percaya pengambilalihan itu dilakukan untuk menyelamatkan Bank Muamalat yang dilanda masalah kewangan. Saya tidak mahu budaya tidak sihat yang akan merugikan rakyat berulang lagi," katanya pada sidang media di sini, Khamis.



Sebelum ini, Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah Nasional) dilaporkan akan melupuskan pegangan mereka di dalam Bank Muamalat sebanyak 30 peratus.

Manakala, kepentingan selebihnya bank itu dipegang oleh DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom) sejak 2008.

Pelupusan kepentingan Bank Muamalat milik Khazanah itu dilihat selari dengan hasratnya untuk melupuskan pegangan dan aset bukan utamanya secara berperingkat.

Sayap pelaburan kerajaan itu dipercayai telah menunjukkan minat untuk menjualnya kepada BIMB.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pengambilalihan itu memerlukan penjelasan telus daripada pemegang saham Bank Muamalat memandangkan BIMB memiliki rangkaian yang cukup meyakinkan di seluruh negara.

Ekoran pengambilalihan itu, Salahuddin yakin, Bank Muamalat kini berdepan masalah besar dan menggesa bank tersebut supaya bersikap telus dalam isu berkenaan.

"Saya harap Bank Muamalat dedahkan status kewangan dengan terperinci, apa sebenarnya yang berlaku pada mereka? Kenapa Bank Islam mahu mengambilalih bank bermasalah ini?," katanya.

Jelas Salahuddin, beliau akan menghantar surat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil kedua-dua pemegang saham Bank Muamalat bagi menjelaskan status bank itu.

"Saya bimbang penggabungan itu mungkin diarahkan oleh tangan-tangan tertentu. Jika BIMB dipaksa membeli Bank Muamalat, tindakan itu amat menyedihkan. Bank yang memiliki kewangan kukuh tidak mungkin akan bergabung dengan bank yang bermasalah," katanya.

Salahuddin berkata, sumber kewangan yang bakal digunakan untuk penggabungan itu lebih baik disalurkan untuk tujuan lebih baik. -MStar

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Bank Muamalat: BIMB Terjejas Jika Terus Ambil Alih By Mohd Rohaizad. Published: 19.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...