CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Daphne Iking Kahwin Rahsia & Kandungan Anak Kedua


Isu kahwin rahsia dan kandungan anak kedua-nya di antara Daphne Iking @ Dahlia Abdullah dengan Azmi Abdul Rahman heboh diperkatakan di blog laman web. Satu persatu gosip menimpa saudara baru mualaf, Daphne Iking sejak memeluk Islam awal tahun lalu. Ada suara-suara nakal mengatakan Daphne atau nama Islamnya, Dahlia memeluk Islam semata-mata ingin berkahwin dengan suaminya sekarang, Azmi Abdul Rahman atau dengan nama panggilan Joe.

Tidak cukup dengan itu, Daphne dilemparkan fitnah kononnya perkahwinan yang diadakan secara rahsia di Bali awal tahun lalu adalah semata-mata ingin menutup aibnya yang telah mengandung lebih awal.



“Sangat susah untuk menjaga hati semua pihak. Ada sebab kenapa saya merahsiakan perkahwinan saya. Ini merupakan perkahwinan kedua untuk saya dan Joe, jadi mesti kami nak semuanya berjalan dengan lancar.

“Lagipun bapa saya merupakan penganut agama Kristian Katolik yang kuat. Jadi, ia memerlukan masa untuk dia terima,” ujar Daphne ketika ditemui sejurus selesai majis pengumuman kolaborasi antara program Bella ntv7 dan jenama Bvlgari di KLCC Jumaat lalu.

“Saya menangis bila orang cakap macam-macam tentang saya. Tapi suami saya selalu suruh saya tenang dan dia juga ada kata jika orang lain melemparkan fitnah kepada saya, saya lagi dapat pahala.”

Apabila ditanya bilakah tarikh sebenar perkahwinannya dengan Joe, Daphne memberitahu, “Saya kahwin 8 Januari 2011.”

Menyentuh mengenai kehidupannya sebagai saudara baru dalam Islam, Daphne memberitahu banyak cabaran dan dugaan yang dihadapinya. Antaranya, orang masih mempertikaikan tentang dirinya yang masih berpakaian seksi walaupun sudah beragama Islam.

“Saya pelik kenapa yang sudah dilahirkan sebagai Muslim bila berpakaian seksi tak kena tegur sangat, tapi saya yang baru bergelar mualaf ini kena teruk. Bagilah peluang dan masa untuk saya belajar dan faham tentang agama ini dulu.

“Berilah masa untuk saya sembahyang dengan betul dulu. Banyak benda yang saya keliru tapi suami banyak mengajar dan membantu saya. Alhamdulillah, saya kini sudah mahir untuk solat tanpa bantuan dia. Malah sejak pelajari Islam, Bahasa Melayu saya semakin bagus,” jelasnya mengakhiri perbualan.




Kemalangan Jatuh - Kandungan Selamatkan Nyawa Daphne Iking @ Dahlia Abdullah

Ya, tiada kata dapat diungkapkan selain dari melahirkan rasa syukur apabila terselamat dari insiden tidak diingini yang menimpa diri dan bayi yang dikandungnya, baru-baru ini. 

Kejadian yang berlaku lima hari lepas kira-kira 8.30malam di Jalan Alor, Bukit Bintang itu berlaku dengan pantas apabila Daphne Iking atau nama Islamnya Dahlia terjatuh dalam sebuah lubang besar ketika berjalan menuju ke sebuah restoran.

“Kejadian berlaku ketika saya nak pergi makan ketam dengan team produksi Bella NTV7. Masa kejadian, saya yang ketika itu seorang diri sedang memanggil team yang lain sehingga tidak perasan ada sebuah lubang di depan saya. 

“Lubang itu memang dalam kerana semasa jatuh, kaki saya tergantung dalam lubang tersebut,” ujar Daphne yang bersyukur tiada apa yang berlaku kepada diri dan bayi dalam kandungannya.

“Alhamdulillah, bayi saya telah selamatkan nyawa saya. Jika bukan kerana perut saya, saya pasti akan terus masuk dan jatuh ke dalam. Ketika jatuh, nak tergelak pun ada walaupun masa itu dalam kesakitan. Rasa malu dan takut pun ada dengan apa yang berlaku. Saya hanya fikir tentang keadaan bayi yang dikandung namun mujur saya dapat rasa bayi masih bergerak ketika itu.

“Ketika kejadian ada seorang warga Nigeria yang menolong. Malah, ada teksi yang berhenti di tepi jalan nak membantu untuk menghantar saya ke hospital. Suami saya juga ajak pergi hospital tapi saya tak nak dan hanya mengambil peti pertolongan cemas dalam kereta saja. Dua hari selepas kejadian, baru saya pergi jumpa doktor,” ujar Daphne yang mengalami bengkak dan lebam di bahagian kaki dan lutut kirinya.

Daphne yang kini mengandung hampir lima bulan dijangka bersalin pada bulan Oktober ini. Daphne mempunyai seorang lagi anak bernama Isobel Daniella hasil perkahwinan pertamanya sebelum ini. Pengacara program bual bicara di NTV7, Bella ini memeluk Islam selepas berkahwin dengan Azmi Abdul Rahman atau Joe pada awal tahun ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Daphne Iking Kahwin Rahsia & Kandungan Anak Kedua By Mohd Rohaizad. Published: 29.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...