CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Gadis Penan Terus Dirogol - Kerajaan Sarawak & Polis Diamkan Diri


Isu gadis Penan terus dirogol mendapat liputan apabila tiada tindakan tangkapan diambil. Betul ke kerajaan Sarawak dan polis mendiamkan diri? Adakah ada kontroversi dan perlindungan orang dalam disebalik kegiatan tidak bermoral ini dikalangan pembalak di Sarawak? Polis dan kerajaan negeri Sarawak hari ini dibidas Wanita PKR kerana kegagalan mereka bertindak bagi menyelesaikan kes-kes gadis dan wanita Penan dirogol oleh pembalak di kawasan sekitar Baram yang berterusan.
 
 Gadis Penan dirogol dan ada yang lahirkan anak si pembalak yang tidak diketahui siapa
 
Kes terbaru membabitkan seorang gadis berusia 20 tahun yang berulang-kali dirogol oleh pembalak Indonesia sejak awal tahun ini, kata naib pengerusi Wanita PKR Voon Shiak Nie di Kuching.

"Gadis itu mengenali lelaki Indonesia di kampungnya di Ulu Baram, di mana dia bekerja sebagai pembalak. Adalah dilaporkan dia memujuk gadis tu mengikutnya ke Miri dengan alasan mencari kerja.

"Sebalik gadis itu dirogol berulang-kali,” kata Voon sambil menambah nahawa laporan polis telah dibuat di balai Miri pada Isnin lalu.
 
Pelbagai laporan dibuat tetapi laporan tinggal laporan, tiada tangkapan (Mana ada check DNA kan?)

Voon berkata gadis malang itu juga mendakwa terdapat kes rogol yang hampir sama membabitkan wanita lain di kampungnya itu.

Hanya selepas Ketua Wanita PKR dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan kes berkenaan di Parlimen pada sesi yang lalu dan membuat laporan polis, barulah Kementerian wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat bersedia membuat siasatan.
 
 Hanya sedikit laporan rogol gadis Penan diterima
 
Pasukan penyiasat yang ditubuhkan kementerian yang mendedahkan sisatan mereka tahun lalu berkata hanya ada 14 kes rogol.

Voon berkata Wanita PKR cuba menyerahkan laporan pasukan penyiasat itu kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Alfred Jabu, yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Penan tetapi beliau enggan menerimanya.

P/s: Mohdrohaizad.co.cc - adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka yang lemah. Diharap pihak yang bertanggungjawab tolong ambil tindakan segera bagi membendung kegiatan rogol gadis Penan ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Gadis Penan Terus Dirogol - Kerajaan Sarawak & Polis Diamkan Diri By Mohd Rohaizad. Published: 27.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...