CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Guru Sarawak Luahkan Kekecewaan Dipinggirkan Kerajaan


Isu golongan guru di Sarawak mahu kaedah struktur gaji yang lebih adil berikutan ada sebilangan mereka berpendapat telah dipinggirkan daripada kenaikan pangkat mengikut kaedah baru yang diumumkan baru-baru ini. Betul ke golongan guru ini meluahkan kekecewaan mereka dipinggirkan oleh pihak kerajaan? Pada pendapat saya sememangnya golongan guru ini wajar merasa kecewa kerana insentif yang diberikan tidak menyeluruh kepada semua golongan guru. Kerajaan wajar merombak kembali khabar gembira kepada golongan guru semasa Hari Guru yang lalu agar lebih telus dan adil kepada semua pendidik di Malaysia.
 
Hal ini dinyatakan oleh Presiden Kesatuan Guru Sarawak ((STU) William Ghani Bina berkata kaedah baru kenaikan pangkat guru hanya memberi manfaat kepada kumpulan kecil pendidik dalam profesion itu.
 
Presiden Kesatuan Guru Sarawak ((STU) William Ghani Bina

Bercakap pada mesyuarat agung tahunan STU cawangan Sibu dan sambutan Hari Guru di Sibu hari ini, beliau mencadangkan supaya kerajaan merangka sistem penggreddan baru untuk golongan guru.

"Sistem sedia ada hanya melambatkan peluang kenaikan pangkat dan kenaikan gaji bagi guru gred rendah. Ini mematahkan semangat mereka," katanya.

Ghani juga meminta kerajaan merekut sekurang-kurang 70 peratus penduduk tempatan sebagai guru di Sabah dan Sarawak dengan majoriti daripada kawasan luar bandar.

Pada sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40 pada 16 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan lima kaedah kenaikan pangkat bagi warga pendidik berkuat kuasa 1 Jan depan.
 
 
Lima kaedah tersebut ialah kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

Bagaimanapun, beberapa warga pendidik khususnya dalam kumpulan rendah mendakwa mereka tercicir daripada kaedah baru kenaikan pangkat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, telah meminta kumpulan itu supaya bersabar kerana kerajaan sedang meneliti perkara itu. -Bernama

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Guru Sarawak Luahkan Kekecewaan Dipinggirkan Kerajaan By Mohd Rohaizad. Published: 22.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...