CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu ISA: Abdul Majid Kunji Mohamad, Terlibat Militan Filipina


Berkenaan dengan isu ISA, Abdul Majid Kunji Mohamad merupakan seorang ahli perniagaan warga Singapura, yang dipercayai mempunyai hubungan dengan aktiviti kumpulan militan di luar negara terutamanya di selatan Filipina yang dipercayai kumpulan Abu Sayyaf, ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata Abdul Majid Kunji Mohamad, yang menetap di Kuala Lumpur, ditangkap kerana disyaki terlibat menyalurkan dana dan memberi bantuan logistik kepada kumpulan militan di selatan Filipina untuk memberikan sokongan kewangan dan melakukan penculikan ke atas warga asing di wilayah tersebut.

"Abdul Majid ditahan atas sebab-sebab penglibatannya dipercayai boleh memudaratkan keselamatan negara," katanya dalam satu kenyataan.

Respon Hishammuddin: Pembabitan Abdul Majid Dalam Militan Adalah Benar

Penangkapan ahli perniagaan warga Singapura di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) Jumaat lepas adalah kerana kaitannya dengan kumpulan militan di selatan Filipina dan bukannya berkait dengan kumpulan Al-Qaeda atau kematian pemimpinnya Osama bin Laden.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pembabitan Abdul Majid Kunji Mohamad dengan aktiviti kumpulan militan di Filipina adalah benar dan adalah sesuatu yang serius.

Katanya, disebabkan itu, polis menangkap Abdul Majid yang menetap di sini supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. 
 
"Kalau tidak, tak mungkin kita akan mengambil tindakan sebegitu rupa (menangkap) dan pemantauan yang rapi sudah dilakukan, pihak risikan Singapura dan agensi-agensi berkenaan juga dimaklumkan berkenaan hal terbabit," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengumumkan penahanan Abdul Majid di bawah ISA kerana disyaki terbabit menyalurkan dana dan memberi bantuan logistik kepada kumpulan militan di selatan Filipina.

Hishammuddin berkata, penangkapan Abdul Majid iaitu antara orang yang dikehendaki di Singapura tidak ada kaitan langsung dengan kumpulan Al-Qaeda dan juga kematian Osama bin Laden dalam satu serbuan Tentera Amerika Syarikat di Pakistan minggu lalu.

"Ia adalah pemantauan yang dibuat seperti biasa dan dalammasa yang terdekat ini. InsyaAllah, pengganas dan militan warga asing ini akan diusir kembali ke negara asal," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, siasatan yang sedang dijalankan oleh polis berhubung dakwaan wujudnya usaha pihak tertentu untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara tidak ada kaitan langsung dengan warna kulit, latar belakang dan fahaman politik.

Hishammuddin berkata, apa yang mahu dilihat sekarang adalah ia tidak akan menjejaskan keselamatan negara dan tidak ada mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan undang-undang sedia ada.

"Nasihat saya dan juga Perdana Menteri sendiri kepada pihak PDRM, jalankan tugas secara profesional dan kita hanya mahu tahu yang benar dan rakyat di luar sana saya harap dapat memberikan kita masa untuk melakukan siasatan yang cukup sensitif tanpa membuat spekulasi.

"Ini kerana daripada dahulu lagi kita membuktikan kita tidak pilih bulu dan tindakan kita terhadap mana-mana pihak yang menjejaskan keselamatan negara dan rakyat Malaysia itu sendiri adalah sesuatu yang kita tidak boleh kompromi," katanya.

Hishammuddin berkata, ia juga mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku di dunia sekarang seperti di Mesir contohnya di mana pertembungan di antara penganut Kristian dan Islam menyebabkan 12 nyawa yang tidak berdosa terkorban.

Beliau berkata, oleh itu kerajaan tidak mahu melihat perkara terbabit berlaku di sini dan mahu keamanan sentiasa kekal di negara ini.

"Jadi saya harap orang ramai turunkan suhu, jangan terikut-ikut dengan polemik kerana perkara itu serius di mana ancaman yang berlaku di seluruh dunia tanpa sempadan adalah satu perkara yang perlu ditangani bersama," katanya.(Bernama)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu ISA: Abdul Majid Kunji Mohamad, Terlibat Militan Filipina By Mohd Rohaizad. Published: 10.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...