CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Jerebu Punca Suhu Naik: Kualiti Udara Tidak Sihat


Berhubung dengan isu suhu yang panas melampau di Malaysia, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi berlakunya peningkatan suhu. Salah satunya ialah akibat pembakaran hutan secara berleluasa terutamanya di negara jiran iaitu Indonesia yang menyebabkan kualiti udara tidak sihat.

Sering-kali angin jerebu akan bawa ke negara Malaysia, faktor terbaru ialah akibat ribut tropika aere yang melanda Filipina kini. Walaubagaimanapun, diharap masyarakat Malaysia mengambil langkah-langkah keselamatan bagi menjaga kesihatan mereka dengan mematuhi arahan Kementerian Kesihatan jika dikeluarkan amaran.
Sebanyak 31 bandar di negara ini mencatatkan kualiti udara tidak sihat dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dicatatkan antara 51 hingga 100 sehingga, pukul 11 pagi tadi.

Kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata, kawasan yang paling teruk ialah Pelabuhan Klang dengan IPU 97, diikuti Nilai (89), Bukit Rambai (87), Muar (84) dan Banting mencatatkan IPU 82.

Di Sabah dan Sarawak pula, kawasan IPU tertinggi ialah Bintulu iaitu 72, Tawau (52) Sandakan dan Keningau masing-masing mencatatkan 51.







“Kualiti udara di Putrajaya juga memasuki tahap sederhana pada pukul 7 pagi tadi iaitu 70, diikuti Kuala Lumpur dan Cheras sebanyak 69,” kata kenyataan itu.

Sebanyak 19 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap yang baik iaitu antara kosong hingga 50.

Jerebu Disebabkan Pencemaran Udara Merentasi Sempadan

Keadaan berjerebu yang dialami Malaysia pada masa ini terutamanya di Lembah Klang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor adalah disebabkan oleh pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, imej satelit NOAA-18 pada 11 Mei juga menunjukkan angin bertiup dari arah barat daya iaitu dari kawasan-kawasan titik panas di wilayah Riau, wilayah Sumatera Selatan dan wilayah Jambi ke pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia.

Katanya, laporan satelit yang dikeluarkan oleh "Asean Specialised Meteorological Centre" menunjukkan pengurangan titik panas di Sumatera, Indonesia pada hari ini iaitu 45 titik panas berbanding 119 titik panas semalam.

Tiada titik panas yang dikesan dalam negara hari ini berbanding 3 titik panas semalam.

Sehubungan itu, kenyataan itu juga berkata, JAS menggerakkan pelaksanaan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut yang Mudah Terbakar mulai 10 Mei.

"Orang ramai terus dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka. Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727," kata kenyataan itu.

Sementara itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara pada 5 petang tadi, mencatatkan keadaan bertambah baik, di mana tidak ada kawasan berada pada tahap tidak sihat berbanding satu kawasan pada 11 pagi tadi.

Sebanyak 31 kawasan berada pada tahap sederhana dengan IPU antara 51 hingga 100 manakala 21 kawasan berada pada tahap baik (IPU 0-50), menurut laman web jabatan itu.

Antara kawasan yang mencatatkan IPU tertinggi pada tahap sederhana, pada 5 petang tadi adalah Pelabuhan Kelang (99), Bukit Rambai (96), Bandaraya Melaka (88) dan Port Dickson (85). (Bernama)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Jerebu Punca Suhu Naik: Kualiti Udara Tidak Sihat By Mohd Rohaizad. Published: 18.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...