CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Jerebu Punca Suhu Naik: Kualiti Udara Tidak Sihat


Berhubung dengan isu suhu yang panas melampau di Malaysia, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi berlakunya peningkatan suhu. Salah satunya ialah akibat pembakaran hutan secara berleluasa terutamanya di negara jiran iaitu Indonesia yang menyebabkan kualiti udara tidak sihat. 
 
Sering-kali angin jerebu akan bawa ke negara Malaysia, faktor terbaru ialah akibat ribut tropika aere yang melanda Filipina kini. Walaubagaimanapun, diharap masyarakat Malaysia mengambil langkah-langkah keselamatan bagi menjaga kesihatan mereka dengan mematuhi arahan Kementerian Kesihatan jika dikeluarkan amaran.
 
 
 
Sebanyak 31 bandar di negara ini mencatatkan kualiti udara tidak sihat dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dicatatkan antara 51 hingga 100 sehingga, pukul 11 pagi tadi.
 
Kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata, kawasan yang paling teruk ialah Pelabuhan Klang dengan IPU 97, diikuti Nilai (89), Bukit Rambai (87), Muar (84) dan Banting mencatatkan IPU 82.

Di Sabah dan Sarawak pula, kawasan IPU tertinggi ialah Bintulu iaitu 72, Tawau (52) Sandakan dan Keningau masing-masing mencatatkan 51.



“Kualiti udara di Putrajaya juga memasuki tahap sederhana pada pukul 7 pagi tadi iaitu 70, diikuti Kuala Lumpur dan Cheras sebanyak 69,” kata kenyataan itu.

Sebanyak 19 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap yang baik iaitu antara kosong hingga 50.(Utusan)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Jerebu Punca Suhu Naik: Kualiti Udara Tidak Sihat By Mohd Rohaizad. Published: 11.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...