CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Kera Punca Penyakit Denggi, Malaria & Tibi - Program intervensi


 
Berkenaan dengan isu kera yang dikatakan menjadi punca kepada segala jenis penyakit seperti denggi, malaria dan tibi kepada manusia. Pihak Kementerian Kesihatan akan mengadakan program intervensi dan pencegahan secara besar-besaran, termasuk operasi menangkap dan memindahkan kera ke habitat asal, jika terbukti haiwan itu menjadi punca kepada berleluasanya penyakit tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata langkah itu seperti yang dilakukan ketika menangani wabak selesema burung di negara ini yang berpunca pada 2006. 
 
Katanya, kementerian tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara itu tetapi sentiasa melakukan pemantauan menerusi program kawalan penyakit berjangkit dengan kerjasama pelbagai pihak lain termasuk Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
 
"Saya minta orang ramai mengelak daripada mendekati dan bersentuhan dengan haiwan ini termasuk memberi makan atau membelai kerana kita tidak tahu ia ada membawa penyakit berjangkit selain boleh menjadi ganas dan menyerang mereka.

"Kita perlu lebih berhati-hati dan berwaspada... sebaik-baiknya untuk melihat kera lebih baik ke zoo kerana lebih selamat bukan di kawasan terbuka yang terdedah dengan pelbagai risiko," katanya pada sidang media selepas melawat Klinik Kesihatan Kuantan, di Bukit Sekilau, di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan Berita Minggu hari ini mengenai ancaman penyakit HIV, malaria dan tibi yang boleh disebarkan haiwan itu.

Kajian Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan PERHILITAN ke atas lebih 2,000 kera yang ditangkap sekitar bandar seluruh negara mendapati 80 peratus daripadanya menghidap penyakit berbahaya itu.

Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Pahang, Khairiah Mohd Shariff, berkata pihaknya sudah mengenalpasti kawasan ancaman kera dan monyet di negeri ini dan dibahagikan mengikut pembahagian zon, iaitu zon serius, kurang serius dan tidak serius.

Katanya, pembahagian itu berdasarkan bilangan dan ancamannya kepada ketenteraman penduduk di sesuatu tempat.

"Kaedah pembasmian ialah melalui pemindahan haiwan terbabit ke kawasan yang lebih sesuai dan jauh dari penempatan atau melupuskannya jika tiada pilihan lain," katanya sambil memaklumkan bahawa pihaknya ada menerima aduan mengenai kumpulan kera yang mengganggu dan mencederakan kanak-kanak tetapi bilangan kes tidak begitu serius. (BHarian)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Kera Punca Penyakit Denggi, Malaria & Tibi - Program intervensi By Mohd Rohaizad. Published: 9.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...