CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Liyana Jasmay Kekwat & Gedik Mengada-gada?


Betul ke isu Liyana Jasamay kekwat dan gedik mengada-gada tidak bertempat? Menurut sumber salah seorang teman media memberitahu, seorang pelakon wanita yang memang terkenal dengan sikap mengada-ngadanya, siapa lagi kalau bukan Liyana Jasmay telah buat hal lagi di tempat sesi fotografi majalah.

Gambar Liyana Jasmay bersama Refflesia

Menurut sumber ini, Liyana khabarnya berkelakuan ‘kekwat’ ketika menghadiri satu sesi fotografi sebuah majalah terbitan Karangkraf. Pelakon filem ‘Khurafat’ ini khabarnya enggan mengenakan pakaian yang disediakan oleh pihak majalah untuk sesi fotografi tersebut.

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, Liyana turut hadir bersama rakannya, pelakon Tam Suhaimi pada malam ‘gig’ tersebut. Berpeluang bertemu pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-22 ini digunakan oleh media untuk bertanyakan perihal kisah ini.

“Baju itu macam budak-budak sangat, warna pink. Baju itu bukan tak cantik, cantik. Cuma ia tak sesuai dengan umur saya yang dah 23 tahun. Saya rasa malu sikit sebab baju itu nampak macam kanak-kanak riang. Lagipun, saya tak pakai macam itu.

“Saya ini dah semakin dewasa, jadi kenalah pakai ikut kesesuaian umur. Walau bagaimanapun, saya tetap pakai pakaian itu dan bagi syot yang terbaik masa sesi fotografi tersebut. Jika pihak mereka kecil hati, saya minta maaf,” ujar Liyana yang akan memulakan penggambaran Papadom 2 bermula hari ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Liyana Jasmay Kekwat & Gedik Mengada-gada? By Mohd Rohaizad. Published: 23.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...