CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Pencegah Maksiat Sebabkan Kematian Dalam Operasi Dijalankan


Berkenaan dengan isu kematian si suspek semasa dalam operasi pencegahan maksiat dijalankan, Dr Asri dakwa Pencegah Maksiat yang sebabkan kematian dan merupakan satu dosa besar dalam Operasi tersebut. Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar tindakan penguatkuasa agama yang menyebabkan kematian dalam operasi pencegahan maksiat, seperti yang dilaporkan semalam.

Menurutnya, tindakan bagi membendung "maksiat peribadi" -- seperti khalwat dan minum arak -- yang dilakukan secara bersembunyi sehingga menyebabkan kematian merupakan satu dosa.
 
 
 
"Maka anggota operasi perlulah didakwa dan dibicara atas tuduhan menyebabkan kematian," katanya ketika mengulas kes mangsa mati terjatuh bangunan kerana mengelak intipan sebuah jabatan agama, dipercayai merujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

"Mereka ini telah menyebabkan mungkar yang lebih besar iaitu kematian kerana ingin mencegah kemungkaran kecil iaitu 'khalwat' dan menggunakan kaedah pencegahan yang dilarang oleh agama iaitu mengintip."

Semalam, seorang bekas polis dilaporka maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup anggota JAWI yang melakukan operasi cegah maksiat.

Bernama melaporkan, dalam insiden kira-kira jam 2 pagi, mangsa berumur 49 tahun -- yang menginap dengan pasangannya di hotel itu -- terjatuh ketika cuba lari melalui tingkap.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.
 
 

Maksiat dalam filem, atas pentas?
Dalam kenyataan hari ini, Dr Mohd Asri juga berkata, beliau dukacita dengan berita kematian itu kerana ia bukan kes yang pertama dan sudah sering berulang.
 
 "Walaupun sudah kritikan dibuat, tetapi hal ini tetap berulang. Apabila berita tersebar dalam media, ia memalukan keluarga mangsa, memberikan mesej yang salah mengenai Islam kepada bukan muslim dalam negara ini...," katanya.

Pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga mengulangi pendiriannya bahawa Islam tidak cenderung menghukum dan membongkar dan mengintip maksiat peribadi walaupun pelakunya sendiri mengaku.

Menurut Dr Mohd Asri, cubaan menyembunyikan dosa itu melambangkang pelaku itu masih mempunyai nilai malu dan mahu menjaga maruah diri dan keluarga.
 
"Apa yang peliknya dalam negara kita, maksiat yang jelas, berpelukan lelaki dan perempuan dalam filem, atas pentas lakonan, pentas seni dibiarkan oleh pihak berkuasa pencegah maksiat, sehingga ada isteri orang besar pun yang memeluk artis luar negara di hadapan umum, dibiarkan, (tetapi) yang sembunyi dicari dan diburu," katanya.
 


Tambahnya, sikap suka mengintip itu juga mencetuskan kontroversi video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu juga menurut Dr Mohd Asri lagi, jika dibiarkan akan menjadi trend untuk menjatuhkan sesuatu pihak. (Malaysiakini)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Pencegah Maksiat Sebabkan Kematian Dalam Operasi Dijalankan By Mohd Rohaizad. Published: 18.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...