CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Pengguna: Harga Gula Naik 20 Sen Lagi


Berkenaan dengan isu pengguna iaitu harga gula akan naik 20 sen lagi kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei 2011).

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.
"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.

Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu. (Malaysiakini)

Kenyataan Balas Kerajaan: Rasionalisasi subsidi Berkenaan Harga gula naik 20 Sen Esok

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuat kuasa esok.


Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zin Mohd. Dom berkata, dengan kenaikan itu, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta.

"Dengan kadar subsidi sebanyak 20 sen sekilogram, penjimatan dapat dilakukan sebanyak RM116.6 juta.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Pengguna: Harga Gula Naik 20 Sen Lagi By Mohd Rohaizad. Published: 9.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...