CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Pengguna: Malaysia Mansuh Subsidi Gula 2012


Malaysia mungkin akan memansuhkan sepenuhnya subsidi gula seawal tahun depan. Dengan kata lain, harga gula akan menjadi tinggi kerana tiada lagi bantuan daripada kerajaan BN selepas tahun 2011. Hal ini dipengaruhi oleh beberapa faktor, seperti pengaruh para pengeluar gula tempatan dan luar negara.

Ia selepas tempoh kontrak jangka panjang kerajaan dengan pengeluar gula tempatan dan global tamat tahun ini.


DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB / Menteri KPDNKK

Kalau harga menaik lagi, katakan tiba-tiba pada 2012 instead of 2.50 jadi 3 Ringgit. Jadi kerajaan akan decide kerajaan akan tentukan sama ada nak sambung lagi subsidi atau tambah ke kurang ke. Saya rasa mungkin tak tambah nak kurang lagi ke tak tau. Ini maknanya tertakluk kepada keadaan semasa.

Menurutnya, kontrak dengan pengeluar gula menetapkan 70 peratus bekalan gula negara, pada harga RM2.50 sekilogram.

Manakala baki 30 peratus lagi mengikut harga pasaran global.

Respon: Kenaikan harga gula kurangkan penyeludupan ke negara jiran

 Kenaikan harga gula kepada RM2.30 sekilogram akan melumpuhkan aktiviti penyeludupan bahan subsidi itu ke negara jiran selain dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. (Betul ke? Ke ada sebab lain sebenarnya? Faktor penyelelupan itu kecil, tetapi rakyat majoriti yang sengsara. Please la jangan menipu rakyat dengan alasan budak-budak, tak ekonomik langsung.)

Beliau berkata, penyeludupan gula menerusi sempadan sehingga sukar dikawal sebelum ini adalah disebabkan perbezaan harga hampir RM1 lebih mahal di negara jiran.

"Perbezaan yang ketara itu mendorong masalah penyeludupan berlaku untuk mendapatkan keuntungan besar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk di Kampung Teratak Pulai di sini, hari ini. 
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan kenaikan harga gula daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram.

Bagaimanapun, ia dilaporkan menimbulkan kegelisahan di kalangan sesetengah penduduk Kelantan kerana gula menjadi bahan penting untuk membuat kuih, perencah masakan dan air minuman.

Awang Adek berkata, kerajaan berharap rakyat, termasuk di Kelantan, dapat mengurangkan penggunaan gula untuk menjaga kesihatan.

Respon: Peniaga Naikkan Harga Gula Boleh Didakwa Mengikut Akta Anti-Pencatutan 2010

Golongan peniaga dan peruncit diberi amaran supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga gula melebihi harga yang ditetapkan bagi mengelak tindakan undang-undang mengikut Akta Anti-Pencatutan 2010.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata: "Kalau ada mana-mana peruncit yang menjual gula dengan harga yang tinggi, kita akan ambil tindakan segera."

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan "Kempen Kurang Gula, Kurang Belanja" anjuran d'Tandoor Food Industries Sdn Bhd di Menara Kuala Lumpur di sini Jumaat.

Ismail Sabri berkata orang ramai harus melaporkan dengan segera jika terdapat sebarang maklumat mengenai situasi itu di kalangan peniaga dan peruncit.

Beliau mengulas kenaikan harga gula dari RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram selaras dengan langkah kerajaan merasionalisasi harga runcit gula Isnin lepas.

Ismail Sabri berkata kontrak Malaysia dengan pengeluar gula kini menetapkan 70 peratus bekalan gula negara pada harga RM2.50 sekilogram manakala baki 30 peratus lagi mengikut harga pasaran global.

Kontrak itu tamat akhir tahun ini, dan pusingan berikut bagi rasionalisasi subsidi ialah Disember depan, katanya.

Katanya kerajaan masih menanggung subsidi gula RM283.4 juta setahun, dan penjimatan RM116.6 juta setahun berikutan rasionalisasi subsidi itu boleh digunakan untuk tujuan seperti pendidikan dan pembangunan.

Beliau turut memuji tindakan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Persatuan Pengusaha Restoran India yang menyatakan komitmen untuk tidak menaikkan harga di restoran milik mereka berikutan kenaikan harga gula.

Menteri itu berkata usaha mendidik masyarakat mengamalkan pemakanan lebih sihat seperti mengurangkan pengambilan gula perlu diteruskan. (Bernama) 

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Pengguna: Malaysia Mansuh Subsidi Gula 2012 By Mohd Rohaizad. Published: 14.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...