CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Perang Salib: Ibrahim Ali Sedia Lancar Di Malaysia


Isu perang salib, Ibrahim Ali sedia lancar di Malaysia. Apabila presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka terus mencabar kedudukan Islam di negara ini, ia menimbulkan kemarahan ramai rakyat Malaysia, tetapi nampaknya tidak begitu halnya dengan pemimpin kerajaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan cepat menegaskan bahawa pandangan Ibrahim itu tidak mewakili semua orang Islam di Malaysia.

Hishammuddin juga berkata ektremis juga wujud dalam masyarakat Cina, tetapi beliau tidak menamakan mereka.

Sementara itu, rakan kabinetnya, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz pula memberitahu Malaysiakini semalam bahawa tiada tindakan boleh diambil terhadap Ibrahim kerana kenyataannya kini menjadi satu norma di Malaysia.

Menurut Nazri, walaupun kenyataan itu tidak disenangi, namun rakyat Malaysia perlu matang dalam berdepan dengan watak-watak seperti Ibrahim.




Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak kelmarin, Ibrahim menuduh orang Kristian "mencabar posisi, kedaulatan orang Melayu Islam”.

Antara intipati ucapan Ibrahim pada malam itu ialah:

"... Sebenarnya, darah saya sekarang ini tengah panas ni. Ini bukan main-main. Darah saya tengah panas, bulu roma saya sedang tegak ni... sebab majlis terakhir (saya) di Kelantan tadi, saya istihar, di hadapan polis, saya sebut kepada kakitangan keselamatan, kalau nak sampaikan ini ke Bukit Aman, silakan. Tolong tape apa yang saya cakap."

"Kalau ada pihak di Pulau Pinang, terutama diantara paderi Kristian, yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, terus dengan agenda yang kita tahu, niat mereka ini, saya tawar... kalau nak perang salib boleh. Ini Salahuddin Ayyubi dari negara Malaysia," katanya merujuk kepada pahlawan terkemuka Islam.

"Sampai sekarang ini, usaha mencabar posisi, kedaulatan dan digniti kita umat Melayu Islam, terus menurus, dihayunkan di sana sini. Cabaran ke arah posisi kedaulatan digniti kita umat Melayu Islam, yang menjadi penduduk majoriti, yang menjadi penduduk dan ketuanan negara asal ini, mereka cabar terus menerus."

"Bermula dengan isu-isu bangsa, sekarang berjangkit kepada isu-isu agama. Bila berjangkit kepada isu agama, ertinya jihad."

"Mula mula bila tercetus berita ini, keesokan hari semua nafi, dan seolah-olah tuduh pula Utusan (Malaysia) tidak bertanggungjawab. Tanya setiausaha agung PERKASA, tanya rakan-rakan PERKASA... saya salah seorang awal-awal lagi saya kata 'sah, benda ini betul'."

Ianya walaupun pihak yang menghadiri pertemuan pastor itu menafikan ada ikrar seumpama itu. Ibrahim bagaimanapun merujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli DAP, Mohamed Razali, yang turut hadir di majlis tersebut.

Walaupun Mohamed berkata beliau mempunyai versi yang berlainan, tetapi beliau tidak mendedahkan apakah yang sebenarnya berlaku di majlis tersebut.

Bagaimanapun, adakah ucapan Ibrahim itu menghasut? Anda hakimilah sendiri. Dengarlah sendiri ucapan penuh Ibrahim Ali berhubung isu perang salib dalam klip video selama 45 minit pada malam tersebut. (Malaysiakini)


Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Perang Salib: Ibrahim Ali Sedia Lancar Di Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 18.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...