CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Pertukaran Ketua Pengarah JKR Ke CEO CIDB


 
Berkenaan dengan isu pertukaran jawatan yang kontroversi melibatkan ketua pengarah JKR ke jawatan lebih rendah iaitu CEO CIDB. Kerajaan digesa memberikan penjelasan kerajaan berhubung pertukaran ketua pengarah Kerja Raya Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim menjadi ketua pengarah eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Kenapa hal tersebut boleh berlaku?

Ketika membuat gesaan tersebut, ahli parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar ingin tahu sama ada pertukaran tersebut ada kaitan dengan pelaksanaan projek Istana Negara atau atas kehendak menteri atau pihak lain yang didakwa tidak gembira dengan ketegasan Judin.

"Pertukaran itu perlu diperjelaskan oleh menteri kerja raya atau ketua setiausaha kerana ia satu pertukaran yang pelik.

"Beliau bertaraf jawatan turus 3 yang setanding (pangkat) dengan ketua pengarah pelajaran, ketua pengarah jabatan perkhidmatan awam (JPA) dan ketua polis negara.

"Beliau ditukarkan menjadi CEO CIDB, sebuah agensi di bawah kementerian kerja raya, sedangkan ketua jawatan ketua pengarah CIDB bertaraf JUSA A," katanya.

Bercakap dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu, Mahfuz mendakwa pertukaran yang disifatkannya sebagai "turun pangkat itu tidak pernah berlaku" dalam Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum ini.

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga naib presiden PAS berkata sekiranya Judin didakwa mempunyai kes antaranya dakwaan rasuah, maka tindakan perlu diambil ke atasnya.

Mahfuz berkata Dr Judin dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan mendakwa "tidak ada surat yang membatalkan" pelantikan tersebut.

"Jadi ketua pengarah kerja raya, ada dua (orang). Sehingga sekarang saya difahamkan Dr Judin masih belum menandatangani (menjadi CEO) CIDB," katanya.

Mahfuz mendakwa setakat jam 11 pagi ini, Dr Judin masih masuk ke pejabat di kementerian itu.

Beliau yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah, mendakwa JPA juga tidak mengetahui berhubung pertukaran Dr Judin yang akan tamat kontraknya tiga tahun lagi.

Akhir bulan lalu, dilaporkan tempat Dr Judin digantikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II, Datuk Mohd Noor Yaacob, berkuatkuasa 1 Mei.

Mohd Noor menggantikan Dr Judin yang dilantik ketua eksekutif CIDB bermula tarikh sama. (Malaysiakini)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Pertukaran Ketua Pengarah JKR Ke CEO CIDB By Mohd Rohaizad. Published: 10.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...