CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Projek Menara Kabel Bervoltan Tinggi TNB Di Selangor


 
Berhubung dengan isu projek menara kabel bervoltan tinggi Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Rawang, Selangor. Sebuah firma perunding dari Australia yang dipertanggungjawab membekalkan laporan bebas kepada kerajaan negeri Selangor berhubung projek tersebut di kampung baru Rawang telah menarik diri.
 
Menurut ADUN Rawang, Gan Pei Nee (kanan) firma yang sepatutnya memulakan tugas itu pada akhir bulan April lalu - menjelaskan mereka diberi tekanan politik supaya tidak bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Rakyat.



“Syarikat itu menelefon wakil kerajaan negeri Selangor dan beritahu tidak tahan ditekan,” kata Gan pada sidang akhbar di Rawang hari ini.

Sebelum ini, telah berulang kali penduduk sekitar yang melahirkan kebimbangan mereka kerana khuatir pembinaan menara berkenaan akan menjejaskan kesihatan mereka dan sekali gus juga menyebabkan kampung itu terbahagi dua mengadakan tunjuk perasaan dan bertempur dengan polis.

Kes berkenaan telah dibawa ke Mahkamah Persekutuan pada November lalu tetapi mahkamah memutuskan bahawa TNB mempunyai hak untuk meneruskan projek itu.



Mahkamah juga memerintahkan TNB supaya membayar pampasan berjumlah RM10.4 juta kepada penduduk terlibat yang telah mereka laksanakan.

Menurut Gan beliau percaya kerajaan Malaysia mengenakan tekanan melalui kerajaan Australia.

“Syarikat ini adalah syarikat kabel yang telah beroperasi sepuluh tahun. Mereka cuma hantar emel mengatakan tidak mahu meneruskan kerja dan beritahu mereka tidak akn datang ke Malaysia.
 
“Tetapi dalam emel, tidak diberikan sebarang alasan. Namun melalui panggilan telefon baru mereka beritahu ada tekanan (politik),” katanya.



Apabila siap kelak, projek yang melibatkan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 59km, kira-kira satu kilometer jaraknya dari Kampung Sg Terentang itu akan menyaksikan pembinaan lima menara satu tiang.

Projek itu akan meningkatkan pengeluaran tenaga elektrik daripada 33kV kepada 275kV dan membantu mengatasi kekurangan kuasa di Lembah Klang. (Malaysiakini)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Projek Menara Kabel Bervoltan Tinggi TNB Di Selangor By Mohd Rohaizad. Published: 6.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...