CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Protes Anti Loji Advanced Material (Lynas): Ramai Ditahan


Berkenaan isu nuklear protes Anti Loji Advanced Material (Lynas) semakin tidak terkawal apabila campur tangan polis semasa protes aman dilakukan di tempat kejadian. Sekurang-kurangnya empat orang ditahan di Kuantan, Pahang hari ini dalam satu perhimpunan yang dianjurkan oleh gerakan anti Loji Advanced Material (LAMP) Lynas.
Mereka yang menyertai protes tersebut berkumpul di depan pusat perkhidmatan DAP di Kuantan sekitar jam 11.30am. Tidak sampai 10 minit kemudiannya, anggota polis mula bertindak.

Setiausaha publisiti DAP Pahang, Chow Yu Hui dan setiausaha penganjur Lee Chin Chen serta Khor Huey Ying dan Thing Siew Shuen, dari ibu pejabat DAP, telah ditahan."Protes baru bermula kira-kira 10 minit.

"Selepas ucapan disampaikan oleh pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah serta ahli parlimen Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota), anggota polis cuba merampas mikrofon dari Anthony Loke (DAP-Rasah) apabila tiba gilirannya untuk berucap," kata ahli parlimen DAP Serdang, Teoh Nie Ching yang turut berada di situ.

Teoh berkata selepas menyakinkan pihak polis bahawa mereka akan berhenti berucap, empat wakil DAP menunjukkan rasa tidak puas hati mereka, dengan 'berbaring di atas kain rentang anti-Lynas, dan mereka terus ditangkap.




Keempat-empatnya dibawa ke ibupejabat polis daerah Kuantan untuk dirakamkan kenyataan masing-masing.

Menurut ketua polis Kuantan Mohd Jasmani Yusof, mereka dibawa untuk disoalsiasat selepas enggan bersurai dan sebaliknya bertindak berbaring atas jalan.

Permbinaan loji nadir bumi di Gebeng - beberapa 25km ke timur laut Kuantan- telah mencetuskan kemarahan umum yang bimbangkan potensi keracunan radioaktif dan kesannya terhadap masyarakat yang tinggal di sekitarnya.





Syarikat Australia itu dan kerajaan itu telah memberi jaminan yang operasi kilang itu hanya menghasilkan tahap radiasi yang amat rendah.

Mereka juga berkata, projek tersebut berbeza dari kontroversi kilang nadir bumi yang dikendalikan oleh Mitsubishi Chemical di Bukit Merah, Perak, yang beroperasi pada tahun 1980-an dan 1990-an.




Bagaimanapun, penentang projek itu menegaskan kebimbangan mengenai keracunan radiasi tidak dapat dielakkan kerana setakat ini tidak ada pelan yang jelas, bagaimana dan di mana bahan buangan sisa kilang itu - dikatakan satu sumber utama radiasi - akan dibuang.

Agensi nuklear PBB - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), - akan menubuhkan sebuah panel pakar untuk memberi nasihat mengenai potensi risiko radiasi dari kilang tersebut. (Malaysiakini)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Protes Anti Loji Advanced Material (Lynas): Ramai Ditahan By Mohd Rohaizad. Published: 15.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...